OPR i PBD
En Mohd Rizal B Mohd Safaad
Pengetua SMKPI
Assalamualaikum, Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani, Salam Karamah Insaniah, Salam ABC. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan Laman Web Unit Peperiksaan dan Penilaian SMK Pulau Indah.
Tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya menyempurnakan Pembangunan Laman Web Unit Peperiksaan dan Penilaian SMK Pulau Indah ini dengan jayanya. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi sudah tentu laman web ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang.
Selaras dengan hasrat KPM yang mahu menjadikan DIGITALsebagai teras dalam pendidikan , maka sekolah telah mengambil pendekatan berfokus untuk pendigitalan secara menyeluruh dalam semua aspek. Besar harapan saya untuk melihat pendigitalan ini subur bukan kepada guru guru sahaja, malahan kepada semua anak anak Pulau Indah ini.Pastinya laman web ini membantu guru dalam menguruskan pentaksiran dan peperiksaan dalaman sekolah. Sesungguhnya analisa yang cepat dan tepat sangat penting untuk kemenjadian akademik murid bagi membolehkan guru merancang secara berfokus.
Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Akhir kalam, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada semua Ahli Jawatankuasa Unit Peperiksaan dan Penilaian SMK Pulau Indah di bawah Unit Akademik yang telah berusaha gigih sehingga berjaya menyempurnakan Pembangunan Laman Web ini dengan jayanya.
Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian hari. In shaa Allah.
Sekian. Wassalam
Pengetua
Jadual UASA & PASA 2025