UNIT PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
SK TAMAN NUSA DAMAI,
PASIR GUDANG, JOHOR
SK TAMAN NUSA DAMAI,
PASIR GUDANG, JOHOR
UTAMA
Ujian akhir sesi akademik ialah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik.
Ujian akhir sesi akademik bukan merupakan pentaksiran pusat. Ujian akhir sesi akademik adalah untuk menguji tahap kognitif murid bukan membandingkan prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri.
Ujian akhir sesi akademik bertujuan mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi akademik. Seterusnya, ujian ini juga dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Maklumat ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan intervensi untuk membangunkan potensi murid.
KATEGORI MURID
Ujian akhir sesi akademik melibatkan murid sekolah rendah tahap dua iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 serta murid sekolah menengah peringkat menengah rendah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 bagi sesi akademik semasa sahaja.
Semua murid yang berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) boleh menduduki ujian akhir sesi akademik. Mereka terdiri daripada:
murid yang berada di Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/Sekolah di bawah Agensi Kerajaan/Sekolah Menengah Agama Negeri yang berdaftar dengan KPM; dan
murid yang berada di sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM dan maklumat mereka didaftarkan dalam APDM.
INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Instrumen pentaksiran dan panduan penskoran bagi murid sekolah rendah tahap dua melibatkan lima mata pelajaran dengan peruntukan masa seperti Jadual 1 di bawah: