Unit Pendidikan Khas (UPK) Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang mengurus perkhidmatan untuk keperluan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dan pendidikan khas khususnya di daerah Pasir Gudang.
Bermula dari pemohonan penempatan persekolahan dari prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Terdiri daripada 42 buah sekolah program pendidikan khas integrasi (PPKI) pembelajaran dan pendengaran.
MBPK yang mengikuti PPKI akan melalui proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kurikulum dan pentaksiran yang di tetapkan oleh KPM yang mengambil kira tahap keupayaan setiap MBPK bermula dari prasekolah hingga menengah.
Fokus pendidikan awal dan sekolah rendah kepada pengurusan diri dan asas literasi membaca, menulis dan mengira. Manakala di sekolah menengah pula berfokus kepada kemahiran vokasional kepada MBPK kefungsian sederhana dan rendah. Bagi kefungsian tinggi kepada akademik dan ke peringkat seterusnya melalui program pendidikan inklusif (PPI).
Laman sesawang ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan komunikasi antara pihak luar (ibu bapa/penjaga, pemegang taruh dan lain-lain) dengan pihak UPK.