Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK) Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) menyediakan perkhidmatan sokongan psikologi dan kaunseling kepada semua pelajar dan staf kolej. UPK berperanan membantu individu mengenal pasti potensi diri, mengurus emosi, meningkatkan kemahiran interpersonal, dan menangani cabaran kehidupan seharian dengan lebih berkesan.
Antara perkhidmatan utama yang disediakan ialah:
Kaunseling Individu dan Kelompok
Menyediakan ruang selamat dan sulit untuk pelajar berkongsi isu peribadi, akademik, emosi, keluarga, atau sosial.
Saringan dan Intervensi Psikologi
Menjalankan ujian psikologi seperti inventori personaliti, minat kerjaya, tahap stres, kebimbangan dan kemurungan.
Bimbingan Kerjaya dan Akademik
Memberi panduan dalam membuat keputusan berkaitan halatuju pengajian dan kerjaya berdasarkan potensi diri.
Program Psikoedukasi dan Intervensi Berfokus
Menganjurkan program pembangunan diri, bengkel kemahiran insaniah dan sesi intervensi untuk kelompok pelajar tertentu.
Khidmat Rujukan
Memberi sokongan dan rujukan kepada agensi profesional berkaitan sekiranya diperlukan.
UPK komited dalam menyokong kesejahteraan mental dan emosi warga KMNS ke arah membentuk individu yang seimbang dari segi intelek, emosi dan sosial.