Resepi kejayaan sesuatu organisasi dalam mencapai sasarannya adalah kekuatan semangat berpasukan di tempat kerja. Tidak ada “Saya” apabila kita bercakap mengenai kerja berpasukan, justeru, bekerja sebagai sebuah pasukan memerlukan individu yang dapat bekerjasama secara berkesan dan mengenepikan perasaan peribadi daripada mengganggu prestasi pasukan. Hal ini tentunya bukan tugas yang mudah kerana setiap individu memiliki pelbagai ragam dan isu peribadi masing-masing.