Merentas desa ini merupakan acara tahunan di sekolah menengah malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan. Unit sukan SMK Pandan Mewah telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa (SEMEWAH RUN) pada tahun 2025 ini. Kejohanan ini melibatkan semua pelajar SMK Pandan Mewah bagi memastikan mereka mendapat kredit dalam PAJSK.Â