UNIT PEPERIKSAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CEMPAKA, JOHOR BAHRU
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CEMPAKA, JOHOR BAHRU
UNIT PEPERIKSAAN SKTC
Unit Peperiksaan SKTC bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berhubung peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir semester mengikut takwim yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.
Unit Peperiksaan SKTC bertangunggjawab membantu Bahagian Akademik Sekolah terhadap segala aktiviti berhubung penyediaan soalan, peperiksaan dan dokumentasi akademik di Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka mengikut peruntukan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga unit penilaian dan peperiksaan SK Taman Cempaka dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan segala usaha kami untuk:
1. Memastikan sistem peperiksaan dikendalikan dengan cekap dan berkesan.
2. Mengendalikan dan menguruskan semua peperiksaan awam dan dalaman dengan baik.
3. Memproses dan mencetak keputusan peperiksaan dalam masa 14 hari dari tarikh peperiksaan.
4. Memastikan PBS dan PBD di jalankan dengan adil, saksama dan terjamin kualitinya.
5. Menyediakan suasana yang kondusif untuk pentaksiran luar dan dalaman.
MISI
PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSISTEMATIK, CEKAP DAN TEPAT
VISI
PENTAKSIRAN BERKESAN MENJANA PELAJAR CEMERLANG
KETUA UNIT PEPERIKSAAN SK TAMAN CEMPAKA
PUAN FARAH RAFEIZA BINTI HJ SIAM
PENYELARAS PBD SK TAMAN CEMPAKA
EN MUHAMMAD FARHAN BIN MESWAN
PENGISIAN TAHAP PENGUASAAN MURID 2022/2023
Klik link di bawah bagi mengisi tahap penguasaan murid mengikut tahun dan kelas.