PENGENALAN
Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) seperti mana-man kolej-kolej Matrikulasi lain dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia, menyediakan Slip, Transkrip dan Sijil Matrikulasi untuk semua penuntut bagi urusan permohonan biasiswa, memohon penempatahan di IPTA, Temuduga IPT dan lain-lain. Slip Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) boleh dimuat turun sebaik sahaja Keputusan Diumumkan, manakala Transkrip dan Sijil Matrikulasi akan diposkan ke alamat seperti yang telah didaftarkan dalam sistem lebih kurang 2 minggu selepas keputusan PSPM Semester II & IV diumumkan. KPMh tiada menghasilkan (mencetak) Slip, Trasnkrip ataupun Sijil digital.
Kolej Matrikulasi Pahang akan menerima sampul yang mengandungi Sijil Matrikulasi dan Transkrip pelajar yang kemudian akan dipos olej Pegawai Peperiksaan Kolej kepada anda. Kebanyakkan akan sampai ke destinasi, namum ada beberapa yang akan dipulangkan semula ke kolej atas beberapa kemungkinan seperti tiada penerima pada alamat dan sebagainya. Anda boleh menuntut semula sijil-sijil anda setelah melihat pada senarai sijil yang dipulangkan ke Kolej dengan mengikuti tatacara seperti yang dikepilkan. Anda juga boleh datang ke Kolej dan menuntut sendiri, sila hubungi Kolej terlebih untuk mengatur temujanji.
SEMAKAN TRACKING NUMBER POS DAFTAR SIJIL MATRIKULASI AMBILAN 2024/2025
SIJIL MUET
KEHILANGAN
1. Calon yang kehilangan Sijil MUET fizikal boleh mendapatkan Sijil MUET melalui sistem e-Sijil di pautan https://sijil.mpm.edu.my/. Walau bagaimanapun, permohonan untuk mendapatkan Sijil MUET melalui e-Sijil adalah terhad kepada ujian MUET yang telah diduduki dalam tempoh lima tahun ke belakang sahaja.
2. Bagi calon yang ingin mendapatkan Sijil MUET untuk tempoh yang melebihi lima tahun ke belakang, calon boleh mendapatkan Sijil MUET secara dalam talian di pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/salinansijilmuet/. Sekiranya maklumat calon tiada, sila e-melkan pertanyaan ke alamat muet@mpm.edu.my dengan menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, tahun menduduki Ujian MUET dan nama sekolah/pusat ujian menduduki MUET.