sk sg kechil ulu
PENGURUSAN FAIL KOKURIKULUM
UNIT KOKURIKULUM (KBA1012:600)
PENGURUSAN FAIL KOKURIKULUM
UNIT KOKURIKULUM (KBA1012:600)
MATLAMAT KEGIATAN KOKURIKULUM
Merealisasikan matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Menyediakan ruang dan peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat, minat dan potensi diri dalam semua bidang yang diceburi.
FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM
Pendidikan kokurikulum di SK SG Kechil Ulu adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu dalam kegiatan sukan, permainan, persatuan dan unit beruniform untuk mendidik diri menjadi murid yang gigih berusaha dalam mencipta kekuatan fizikal mental dan sahsiah demi melahirkan ahli masyarakat yang unggul sebagai generasi yang akan membawa negara ke mercu kejayaan.

OBJEKTIF KOKURIKULUM
Mencungkil dan mengembangkan bakat, kebolehan dan kemahiran pelajar dalam sukan, permainan, unit beruniform serta persatuan dan kelab.
Mengasah minat, hobi atau kegemaran pelajar secara terancang, ber halatuju, sistematik dan bermanfaat.
Membantu, memastikan dan menaikkan imej sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan.
Membentuk murid yang berdisiplin dan mementingkan nilai kerjasama melalui aktiviti kokurikulum.
MOTO
KOKURIKULUM UNGGUL MENJANA GENERASI CEMERLANG
MISI
Mencungkil bakat dan kecemerlangan murid agar boleh bersaing di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam semua aspek kokurikulum.
Menerapkan nilai-nilai positif tentang aktiviti kokurikulum di kalangan murid.
Menerapkan nilai-nilai positif tentang aktiviti kokurikulum di kalangan murid.
Menjadikan kokurikulum sebagai gedung mendidik minda kearah pembentukan disiplin yang cemerlang.
VISI
Menjana kecemerlangan kokurikulum agar dapat bersaing di peringkat sekolah, daerah, negeri dan peringkat kebangsaan.