PORTAL PENGURUSAN MARKAH
Portal ini diwujudkan untuk memudahkan pensyarah Unit Kimia KMPh menguruskan markah Penilaian Berterusan (PB) dan Ujian Penilaian Sumatif (UPS) kelas masing-masing. Pensyarah perlu terlebih dahulu melengkapkan senarai kelas yang diajar mengikut semester sebelum pengisian Markah JKMC dan seterusnya mencetak laporan markah PB dan UPS sebelum proses crosscheck dijalankan.
Pensyarah perlu masukkan nama Kelas Tutoran yang diajar pada setiap semester di file google sheet yang disediakan. Jika terdapat kelas yang sama dipilih oleh pensyarah cell kelas Tutoran akan bertukar warna.
Pensyarah perlu mengisi markah Penilaian Berterusan (PB) dan Ujian Penilaian Sumatif (UPS) di file google sheets yang telah disediakan. Pastikan pensyarah mengisi nama semua pelajar kelas tutoran serta praktikal di ruangan yang telah disediakan.
Pensyarah perlu download dan print laporan Penilaian Berterusan (PB) dan Ujian Penilaian Sumatif (UPS) kelas masing-masing dari web looker studio seterusnya crosscheck markah yang telah dimasukkan dalam sistem MIS S3P. Sila gunakan akaun bm-moe DELIMA untuk login web looker studio.
Menu Analisa markah Penilaian Berterusan (PB) dan Ujian Penilaian Sumatif (UPS) ini disediakan untuk rujukan Ketua Jabatan dan Pengurusan Unit Kimia mandapatkan JKMC serta analisa keseluruhan markah pelajar.