DELIMa merupakan pelantar pembelajaran dalam talian yang menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan-bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru. DELIMa boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja hanya dengan menggunakan peranti yang mempunyai capaian Internet. Bagi mengakses DELIMa, pelajar dan guru perlu log masuk menggunakan ID DELIMa yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir sekolah. Tambahan lagi, ID ini juga boleh digunakan oleh murid dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkatan Enam.
PENGAKTIFAN AKAUN DELIMA MURID TAHUN 1
BUAT KALI PERTAMA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa pengaktifan AKAUN DELIMa untuk murid Tahun 1 akan dilaksanakan buat kali pertama. Akaun DELIMa ini penting bagi membolehkan murid mengakses pelbagai bahan pembelajaran digital yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), termasuk Google Classroom dan sumber pendidikan interaktif lain.
Mohon kerjasama daripada pihak Ibu bapa/penjaga untuk memastikan akaun ini diaktifkan segera bagi memudahkan proses pembelajaran anak-anak secara digital.
1️⃣ Pihak Ibu bapa/penjaga boleh mengakses pautan google sheet yang dikongsikan ini untuk mendapatkan email DELIMa murid yang telah ditetapkan daripada pihak KPM :
https://shorturl.at/mXCsS
2️⃣ Tekan pautan di bawah untuk memasuki LAMAN WEB DELIMA :
3️⃣ Untuk mengaktifkan password murid :
Password haruslah (5 digit terakhir Kad Pengenalan@kod sekolah dengan huruf besar)
Kod sekolah - XBA4501
Contoh nombor Kad Pengenalan murid
160101-12-0112
Contoh password akaun DELIMA murid
➡️ 20112@XBA4501
4️⃣ Setelah murid berjaya mengaktifkan akaun DELIMa masing-masing, murid dikehendaki menunggu ataupun melakukan aktiviti yang telah disediakan dalam laman web tersebut selama 15 hingga ke 20 minit bagi memastikan akaun DELIMa murid benar-benar aktif.
Berikut merupakan panduan / cara mengaktifkan akaun DELIMA buat kali pertama :
Kerjasama dan sokongan ibu bapa amat kami hargai demi kejayaan anak-anak dalam dunia pembelajaran abad ke-21.