PIAGAM SEKOLAH
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka Tawau, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara,
membimbing pelajar membentuk sahsiah yang mulia melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
mewujudkan budaya dan iklim sekolah yang kondusif, sihat bersih, ceria dan penyayang,
mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan dan dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan,
memberi perkhidmatan yang mesra dan cepat kepada ibu bapa dan masyarakat,
sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Kementerian Pendidikan Malaysia,
sanggup menerima cadangan dan teguran secara positif untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik serta kokurikulum.