GURU PENYELARAS PAK21/KBAT :
ENCIK ARIFFIN BIN HAMIDE
PAK21
Apakah itu PAK 21?
Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan usaha tersebut. Bersesuaian dengan matlamat dan zaman, KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014.
Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21.
KBAT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Bagi menghadapi persaingan global yang semakin sengit dalam persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi, KPM telah memberi penekanan terhadap KBAT dalam sistem persekolahan. Pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan sistematik. Konsep pelaksanaan KBAT ini digariskan dalam buku KBAT Inistiatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Sekolah.
Pegawai bertanggungjawab :
En Ariffin Hamide (Penyelaras PAK 21/ KBAT)
Terdapat 7 Elemen membudayaan KBAT di sekolah iaitu:
Elemen Utama KBAT :
Elemen KBAT dalam Pedagogi
Elemen KBAT dalam Pentaksiran
Elemen Sokongan KBAT :
Elemen KBAT dalam Kokurikulum
Elemen KBAT dalam Sokongan Komuniti dan Swasta
Elemen KBAT dalam Bina Upaya
Elemen KBAT dalam Sumber
KBAT diterapkan dalam sistem persekolahan supaya murid bukan hanya menghafal tetapi juga faham dan tahu apa yang mereka pelajari dengan menggunakan akal fikiran pada tahap yang tinggi dengan menguasai kemahiran menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta seperti mana yang terdapat dalam buku Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Aplikasi di Sekolah.
MINIT CURAI