Unit ekonomi merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Sastera, Ikhtisas dan Sains Sosial. Unit ini diketuai oleh Dr. Muhammad Sodbir bin Hamzah selaku Ketua Unit dan mempunyai seramai 6 orang pensyarah. Unit ekonomi terletak di Aras 2, Bangunan Seri Jerai.
Subjek ekonomi yang ditawarkan adalah khusus kepada pelajar Jurusan Perakaunan dan merupakan salah satu subjek wajid yang perlu diambil pada semester 1 dan semester 2 pengajian.
Kursus Ekonomi 1 (AE015) memperkenalkan pelajar kepada konsep asas mikroekonomi berkaitan dengan gelagat pengguna dan gelagat pengeluar. Aplikasi dan teori mikroekonomi yang didedahkan kepada pelajar amat releven dalam membuat keputusan ekonomi yang rasional.
Manakala pada semester ke-2, pelajar akan mempelajari subjek Ekonomi 2 (AE025) yang akan mendedahkan pelajar kepada konsep asas makroekonomi, pembolehubah-pembolehubah makroekonomi dan penentu kegiatan ekonomi. Aplikasi teori makroekonomi amat releven untuk menerangkan dan memahami perkembangan ekonomi semasa.
Kandungan Kursus Ekonomi 1 (AE015)
Pengenalan Ekonomi
Permintaan, penawaran dan keseimbangan pasaran
Keanjalan permintaan dan penawaran
Teori perlakuan pengguna
Teori pengeluaran dan kos
Struktur pasaran
Kandungan Kursus Ekonomi 2 (AE025)
Pengenalan makroekonomi
Perakaunan Pendapatan Negara
Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara
Wang dan bank
Inflasi dan pengangguran
Belanjawan Negara, Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan
Ekonomi Antarabangsa
Penilaian Kursus
Ulasan artikel (15%)
Penulisan Esei (25%)
Ujian Penilaian Sumatif (UPS) (20%)
Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) (40%)