#KITAJAGAKITA...#KITAMESTIMENANG
KELAB TAEKWANDO
Taekwondo pada mulanya diperkenalkan kepada Malaysia pada 1963 oleh General Choi Hong Hi (yang kemudian merupakan duta Republik Korea di Malaysia). Pada masa itu General Choi diberi mandat oleh Persatuan Taekwondo Korea (KTA) untuk mengembangkan seni tempur ini ke luar negara. Beliau memulakan langkah ini di Kuala Lumpur dan kemudian berkembang ke negeri-negeri lain.
Pada 1663, Persatuan Taekwondo Selangor ditubuhkan. Pada sekitar awal tahun 60an, arahan teknikal dan prosidur pentadbiran Persatuan Taekwondo Selangor kebanyakannya dikendalikan oleh jurulatih bangsa Korea yang berbeza. Komunikasi di antara pelatih dan jurulatih adalah kurang selain daripada perkembangan naik pangkat para junior dan senior di kalangan rakyat Malaysia juga adalah lambat.
Pada 1966 hingga 1967, dengan penstrukturan semula dan timbulnya langkah Persatuan Taekwondo Korea menggabungkan pelbagai aliran tempur Korea “KWANSEke dalam sukatan pelajaran Taekwondo, kesetiaan pengikut Taekwondo di Malaysia kepada persatuan yang sedia ada telah teruji. General Choi, yang dipertanggungjawabkan memperkenalkan Taekwondo di Malaysia tidak bersetuju dengan yang lain dalam hiraki kepimpinan Persatuan Taekwondo Korea menggabungkan KWANS ke dalam sukatan pelajaran Taekwondo. Kesan daripada perkembangan ini tertubuhnya International Taekwondo Federation (ITF) diketuai oleh General Choi Hong Hi, berpusat di Toronto Kanada dan World Taekwondo Federation (WTF), di bawah kepimpinan Dr. Un Yong Kim, berpusat di Seoul Korea Selatan.
Para Pelatih senior terutama di Selangor menyedari bila tiadanya badan kebangsaan yang mentadbir perkembangan seni tempur ini secara berdikari daripada tenaga bangsa Korea terutama dalam lapangan menyelaraskan polisi, panduan dan peraturan dalam mempromosikan Taekwondo menyebabkan perkembangan sukan ini terjejas di Malaysia. Ini telah terbukti bila tenaga pentadbir terakhir bangsa Korea meninggalkan negara pada awal tahun 70an, perkembangan sukan Taekwondo negara telah teruk merosot.
Secara praktikalnya, tiada persatuan negeri di seluruh negara dan kebanyakan jurulatih adalah berbangsa Korea. Mereka mencipta peraturan sendiri dan menjalankan pusat latihan di mana senario ini menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan pencinta Taekwondo di setiap negeri. Walaupun kemudiannya banyak persatuan negeri ditubuhkan, mereka masih tidak menukar status quo sebelum ini bila mana bangsa Korea masih mendominasi persatuan-persatuan ini. Sistem ujian naik taraf juga tidak diselaraskan selain daripada setiap negeri masing-masing tidak mengiktiraf antara satu sama lain. Juga tiada langkah muktamad untuk meletakkan tenaga pengajar senior tempatan mengambil alih pucuk pimpinan persatuan jika pemimpin-pemimpin bangsa Korea ini bercadang meninggalkan negara.