KENALI UNIT MILILITER DAN LITER
Terdapat dua unit dalam isipadu yang sering digunakan iaitu:
1.mililiter
simbol yang digunakan bagi mililiter ialah ml.
Unit mililiter digunakan bagi sukatan yang sedikit.
Contoh objek yang sukatannya sedikit ialah sebotol air mineral, segelas jus oren dan susu.
Satu mililiter ialah jumlah cecair yang sangat kecil.
Berikut adalah beberapa mililiter susu dalam satu sudu teh.
Ia tidak memenuhi keseluruhan sudu teh tersebut.
2. liter
simbol yang digunakan bagi liter ialah L.
Unit liter digunakan bagi sukatan yang banyak.
Contoh objek yang sukatannya banyak ialah tong minyak, kolam mandi dan tangki air.
JOM SUKAT ISIPADU CECAIR
Berikut merupakan alat alatan yang digunakan untuk menyukat isipadu cecair:
Mari kita sukat cecair menggunakan silinder penyukat.
Ikuti langkah langkah berikut untuk mengukur isipadu cecair dengan betul:
CONTOH
Bacaan isipadu cecair tersebut ialah 20 ml.
Bacaan isipadu air bagi cecair tersebut ialah 7 L.
JOM ANGGAR ISIPADU CECAIR
Murid murid, jom kita tonton video di bawah untuk memahami tentang anggaran isipadu cecair.
Adakah murid-murid sudah menonton video yang telah cikgu berikan? Jom kita cuba jawab soalan untuk menambah kefahaman anda semua dengan lebih mendalam.
Isipadu cecair dalam cerek tersebut ialah 200 ml. Anggarkan isipadu secawan teh panas tersebut. Adakah isipadunya ialah 300 ml atau 50 ml?
Jawapannya ialah 50 ml kerana ia ialah saiz cawan yang lebih kecil daripada saiz cerek.
Anggar isipadu air minuman dalam tin tersebut. Adakah isipadu cecair itu ialah 125 liter atau 125 mililiter?
Jawapannya ialah 125 ml kerana isipadu air dalam tin ialah isipadu yang sedikit.