Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) di sekolah sebagai perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan, boleh membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan.
Murid merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing menerusi perkhidmatan (B&K) agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan betul dalam menjalani kehidupannya.
Guru (B&K) menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan (B&K) serta berupaya mendahului (win over) jangkaan tindakan murid-muridnya.
Guru (B&K) adalah seseorang yang memiliki personaliti sebagai guru yang paling dipercayai, diyakini dan disenangi (trustworhthy) oleh murid, rakan sejawat, ibu bapa dan masyarakat di sekolah.
PENGURUSAN UNIT BIMBINGAN KAUNSELING