IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN KAUNSELING
DIP. PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN
DIPLOMA PENDIDIKAN
IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN (USIM)
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (UPSI)
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
VISI
Mewujudkan iklim Pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.
MISI
Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
Memberikan Pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
Memupuk semangat patriotic dan kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar.
Guru Bimbingan dan Kaunseling menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai perkhidmatan yang selesa dan kondusif kepada murid dalam menyuarakan isi hati dan permasalahan mereka seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan betul.
Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan yang di luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya.
Murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan minat dan personaliti mereka.
Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.
Menerima semua klien tanpa syarat.
Memenuhi temujanji klien.
Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sehari sebelum.
Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional.
Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh 40 hingga 60 minit setiap sesi individu / kelompok.
Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta.
Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.