PENGURUSAN

FOKUS PERKHIDMATAN UBK

FOKUS 1: PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID

Fokus ini adalah untuk memupuk perkembangan personaliti kendiri murid daripada aspek berikut;

a) Sikap penyayang (kepedulian)

b) Budi Bahasa

c) Konsep kendiri

d) Kepemimpinan

e) Komunikasi

f) Kekemasan diri

g) Ketepatan masa

h) Motivasi diri

Outcome : Perwatakan murid yang berketerampilan dan terpuji.

FOKUS 2: PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID

Fokus ini bertujuan untuk memupuk disiplin murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti sosial yang lain.

Outcome: Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dan sejahtera.

FOKUS 3: PENGURUSAN KERJAYA MURID

Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya.

Outcome : Murid yang tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya masa depan.

FOKUS 4 : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID

Fokus ini bertujuan membimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan mental.

Outcome: Murid yang sihat pemikirannya.