Analisis kesalahan penggunaan kata adjektif pada predikat.
Dalam ayat ini, predikat lewat lewat seharusnya menjadi lewat kerana frasa adjektif sebagai predikat ini ialah kata adjektif selapis sahaja.
Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat terdiri daripada kata adjektif selapis dan kata adjektif ganda.
Penulis menulis lewat lewat bertujuan untuk menekankan perkataan lewat tersebut namun menggandakan kata adjektif ini adalah salah kerana kata adjektif ganda hanya digunakan untuk membawa erti yang banyak dan berbagai bagai rupa bentuk serta sifatnya.
Pembetulan: Jangan solat lewat.