Kawad kaki merupakan salah satu pelajaran dalam Pertahanan Awam yang perlu dikuasai oleh setiap anggota bagi membina karakter dan sahsiah disiplin dalam diri. Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib di dalam pasukan beruniform dan panduantatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali-kali. Kebiasaannya apabila kejayaan tercapai tidak kira di mana tempatnya, maka upacara perbarisan akan dilaksanakan demikepentingan untuk menyatukan semua anggota sebagai satu keluarga.
Kawad kaki yang baik dan tinggi mutunya bukanlah dimuridi di atas padang kawad semata-mata dan kemudian dilupakan atau sebagai keramaian sahaja. Adalah menjadi tugas utama bagi tiap-tiap anggota supaya mempercayai diri sendiri dan bertatatertib setiap masa. Jika sekiranya kelakuan yang tidak senonoh, lalu berpakaian tidak baik, dan lain-lain kelakuan yang buruk itu dibiarkan semasa rekrut atau selepasnya, maka alamat kejatuhan atau kekalahan pasti diperolehi oleh pasukan itu.
a) Secara Am
i. Attitude
• Melahirkan anggota yang berdisplin, menepati masa dan mematuhi setiap arahan dari semasa ke semasa.
ii. Skill
• Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang-bidang kemahiran Pertahanan Awam dan memastikan ilmu Pertahanan Awam yang di muridi mempunyai standard yang sama.
iii. Knowledge
• Meningkatkan ilmu kemahiran yang tinggi dan mewujudkan sifat-sifat sentiasaingin membantu dalam apa-apa situasi kecemasan.
b) Secara Khusus
• Memahami selok belok tentang kawad
• Sentiasa mempertingkatkan diri dalam kawad persendirian
• Memahami semua pergerakan kawad
• Boleh mengawadkan skuad
Gambar Hiasan: Kawad kaki dapat melahirkan murid yang berdisiplin, menepati masa dan mematuhi setiap arahan dari semasa ke semasa
a) Tujuan Berkawad
i. Membentuk anggota yang mempunyai tahap tatatertib dan disiplin yang tinggi serta cergas.
ii. Membentuk anggota yang taat kepada perintah ketua.
Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu pasukan.
b) Etika di Padang Kawad
i. Jurulatih hendaklah memeriksa pakaian skuadnya dan menegurkesalahan serta diperbetulkan sebelum berkawad.
ii. Semasa keluar dan masuk semasa berbaris, jurulatih hendaklah memastikan anggota meminta kebenaran iaitu menyatakan dirinya kepada jurulatih supaya mengizinkan diamasuk baris.
iii. Semua anggota dilarang berjalan sambil-sambilan di atas padang kawad sekiranya tidak berkawad.
iv. Semasa tamat pelajaran, anggota hendaklah “bersurai’ untuk memberi hormat kepada semua jurulatih ataupun pegawai yang mengambil bahagian.
1. MASUK BARIS
a) Penerangan (Tiga Barisan Di Hadapan Saya – Gerak)
i. Semua orang berbaris dalam tiga barisan (hadapan, tengah dan belakang).
ii. Jarak antara barisan adalah 30 inci.
iii. Jarak antara ahli adalah jarak satu tangan (dengan jari digenggam).
iv. Semua berdiri dalam keadaan rehatkan diri.
b) Ayat Hukuman (Tiga Barisan Di Hadapan Saya – Gerak)
“Dengar sini semua sekali! Apabila dapat hukuman, tiga barisan di hadapan saya gerak! Skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah di mana saya menghadap. Faham Itu skuad!”
“Tiga barisan dihadapan saya gerak!”
Peringatan: Kalau skuad dalam kedudukan sedia, hendaklah di beri hukuman
“Pusing kekanan berlari berbaris…………………………”
Kalau dari mula senang diri, diakhiri dengan senang diri.
KANAN LURUS
a) Penerangan
i. Tangan kanan diangkat ke paras bahu dengan orang di sebelah kanan. Jari digenggam dengan bahagian belakang tangan ke atas.
ii. Pada masa yang sama, kepala dipusingkan memandang ke kanan.
iii. Kaki dihentak berturut-turut serta meluruskan barisan.
iv. Dengan pantas, orang di sebelah kanan, barisan tengah dan belakang tentukan jarak ke barisan hadapan 30 inci.
v. Dengan hukuman “Pandang depan”, kepala dan muka dipusingkan dengan pantas ke hadapan. Tangan dijatuhkan ke tepi dan kembali ke kedudukan sedia.
b) Ayat Hukuman
“Ke kanan, lurus!”
“Pandang depan!”
2. SENANG DIRI
a) Penerangan
i. Kaki kanan dibiarkan pegun di atas bumi. Kaki kiri diangkat dengan pantas separas pembebat
pergelangan kaki, lutut dibengkokkan separas dengan peha, kedudukan tangan masih lagi
rapat dibelakang penjahitan seluar dengan sebutan ‘up’.
ii. Kaki kiri dibawa ke sebelah kiri dan dihentak ke bumi. Jarak antara dua kaki ialah 12 inci atau
seluas bahu.
iii. Pada masa yang sama, kedua-dua tangan dibawa ke belakang.
iv. Letakkan belakang tapak tangan kanan rapat dihadapan tapak tangan kiri dan ibu jari
bersilang dengan kiraan ‘satu’.
v. Kedua lengan lurus tunjuk ke arah bumi.
b) Ayat Hukuman
“Senang… diri!”
c) Kesalahan Biasa Dilakukan
i. Kegagalan mengangkat kaki tidak paras dan tidak menghala ke kiri / kanan.
ii. Membengkokkan lengan-lengan ketika membengkokkan lutut.
iii. Menggerakkan kaki kanan / kiri dan menyebabkan barisan menjadi tidak lurus.
iv. Bengkok pada bahagian pinggang apabila membetulkan kaki.
v. Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar kehadapan.
vi. Bahagian belakang tangan menghala ke hadapan.
vii. Kedua-dua tangan mengepak.
Pandangan depan
Pandangan sisi
Pandangan belakang
3. SKUAD SEDIA
a) Penerangan
i. Tumit rapat sebaris dan buka hujung kaki 30 darjah.
ii. Lutut lengang, badan tegak dengan berat sama imbang di antara kedua-dua tapak kaki dan tumit.
iii. Bahu dibawa ke belakang (supaya dada berada dalam keadaan senangdan tidak mengeraskan badan).
iv. Tangan lurus kebawah, siku-siku rapat di rusuk badan, pergelangan-pergelangan tangan lurus.
v. Tapak tangan tutup (bukan genggam), belakang jari-jari dekat kepada peha.
vi. Ibu jari tegak lurus dan ke belakang sedikit dari garisan jahitan seluar.
vii. Kepala tegak (melangut), tengkuk kena pada leher baju dan mata memandang terus ke hadapan.
b) Ayat Hukuman
“Skuad….. sedia!”
c) Kesalahan Biasa Dilakukan
i. Kedudukan yang terlalu tegang, menyebabkan sedutan nafas menjadi terbatas.
ii. Tidak sedia dan menggerakkan mata.
iii. Kaki dan badan tidak menghadap ke hadapan, tumit tidak rapat.
iv. Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar kehadapan.
v. Bahagian belakang tangan menghala ke hadapan.
vi. Pergelangan tangan tegang.
vii. Membuka jari telunjuk terlalu ke bawah daripada yang lain.
Bagi memeriksa skuad atau mengawadkan skuad, mustahak bagi jurulatih membuat pergerakan ini, seperti hendak memeriksa pakaian skuad atau lain-lain. Pergerakan ini dilakukan oleh barisan hadapan dan barisan belakang sahaja, manakala barisan tengah diam. Sekiranya skuad hanya dalam dua barisan, pergerakan ini dilakukan oleh barisan belakang sahaja.
BUKA BARISAN
a) Penerangan
Terdapat tiga langkah pergerakan buka barisan dengan nombor:
Buka Barisan – Satu
i. Barisan hadapan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci.
ii. Barisan belakang langkah kaki kiri ke belakang sejauh 15 inci.
iii. Kedua-dua tapak kaki rata di atas bumi.
iv. Anggota kadet yang lain diam.
Skuad – Dua
i. Barisan hadapan langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci.
ii. Barisan belakang langkah kaki kanan ke belakang sejauh 30 inci.
iii. Tapak kaki kanan / kiri rata di atas bumi, tumit ke kiri / kanan di belakang terangkat sedikit.
iv. Anggota kadet yang lain diam.
Skuad – Tiga
i. Barisan hadapan langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dan hentak.
ii. Barisan belakang langkahkan kaki kiri ke belakang sejauh 15 inci dan hentak.
iii. Masa yang sama angkat kaki kanan ke hadapan, bengkokkan lutut, peha paras dan hentak di sebelah tumit kaki kiri sampai seperti kedudukan sedia.
b) Ayat Hukuman
“Buka barisan… gerak!”
c) Kesalahan Biasa Dilakukan
i. Tangan tidak tetap di kedudukan sedia.
ii. Muka tunduk ke bawah.
iii. Badan bengkok (menunduk) semasa bergerak.
iv. Melangkah terlalu jauh.
TUTUP BARISAN
a) Penerangan
i. Tutup barisan turut dalam tiga pergerakan.
ii. Barisan hadapan membuat pergerakan seperti barisan belakang membuka barisan.
iii. Barisan belakang membuat pergerakan seperti barisan hadapan membuka barisan.
iv. Pergerakan barisan, gerak, cara-cara mengajar dan melatihkan skuad adalah sama
seperti pergerakan buka barisan.
b) Ayat Hukuman
“Tutup barisan… gerak!”
Pemeriksaan semasa buka barisan
HENTAK KAKI
a) Penerangan
i. Angkat kaki kiri ke hadapan, bengkokkan lutut dan peha paras.
ii. Hujung kaki menunjukkan ke bawah (point toe) dan bertentangan dengan hujung lutut.
iii. Jatuhkan kaki kiri dengan perlahan disebelah kaki kanan tanpa bunyi.
iv. Ulang pada kaki kanan dengan pergerakan yang sama secara bertukar ganti (65 hentak
seminit).
b) Ayat Hukuman
“Hentak kaki… gerak!”
Berhenti Dari Hentak Kaki
a) Penerangan
i. Hukuman diberi semasa kaki kanan naik penuh (hukuman atas kaki kiri), hentakkan kaki
kanan disebelah kaki kiri (kiraan ‘cek’) hentak kaki kiri dan kanan (kiraan satu, dua)
sampai dalam kedudukan sedia.
ii. Anggota badan yang lain tidak berubah.
Hentak Kaki Daripada Perlahan Jalan
a) Penerangan
i. Hentak kaki – diberi dengan amaran hukuman yang panjang dan hukuman pelaksanaan
kaki kanan melalui kaki kiri. Penuhkan langkah kaki kanan dan mula menghentak kaki
dengan kaki kiri.
ii. Maju – untuk bergerak kehadapan bila menghentak kaki perlahan hukuman adalah “Maju”. Hukuman diberi apabila lutut kanan naik penuh. Hentakkan kaki kanan di sebelah kaki kiri dengan pantas, dengan masa yang sama tolak kaki kiri kehadapan dan terus berjalan.
Hentak Kaki Dari Cepat Jalan
a) Penerangan
i. Hentak kaki – hukuman dilaksanakan apabila kaki kiri melalui kaki kanan.Penuhkan langkah kaki kiri kehadapan sejauh 30 inci dan dibawa kaki kanan ke hadapan rapat pada kaki kiri dengan masa yang sama bawa kedua-dua tangan ke hadapan sedia dan terus hentak kaki (kaki kiri).
ii. Maju –.Hukuman “Maju” digunakan apabila kaki kiri sedang naik. Penuhkan naik kaki kiri dan hentak. Angkat kaki kanan ke hadapan, bengkok lutut, peha paras,kaki kanan hentak
di sebelah kaki kiri dengan pantas, langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci, tumit pacak dengan masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan – tangan kiri ke belakang.
a) Penerangan
Dengan hukuman keluar baris, buat pergerakan berpusing kekanan semasa berhenti, kemudian berjalan dalam masa cepat jalan tiga langkah ke hadapan, barulahbersurai / keluar dari barisan dan terus berjalan bersendirian keluar dari padang kawad untuk berehat.
b) Ayat Hukuman
“Keluar…baris!”
Atau
“Bersurai!”
Peringatan : Semua pergerakan ini dibuat mengikut kadar 40 pergerakan seminit.