Syukur kepada Tuhan kerana AJK TS 25 telah berjaya menyediakan sebuah Dashbord Rasmi TS 25 Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin yang bertujuan sebagai hub rujukan dan menjadi panduan semua warga sekolah.
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di dalam negara. Secara umumnya program ini adalah untuk mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pembelajaran dan pemudacaraan selari dengan hasrat yang terkandung dalam Plan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua agar memahami matlamat dan tujuan Program TS25 di wujudkan. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua warga sekolah agar dapat berkerja bersungguh-sungguh dan memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan Program TS25 di SMKCHWS
PN FOO WAI CHOO P.J.K
Pen. Kanan Kokurikulum
b.p: Pengetua
SMK Chung Hwa Wei Sin
Kuala Terengganu
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin ( SMJKCHWS ) telah ditubuhkan pada tahun 1949 bersempena nama Syarikat Percetakan Akhbar Wei Sin atas cadangan Encik Chong Ya Gu untuk mengatasi masalah kegagalan pelajar miskin dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Wei Sin melanjutkan pelajaran. Pada peringkat awal, Sekolah Rendah Wei Sin telah menyewa sebuah rumah di 98, Jalan Kampung Cina ( sekarang Kedai Makan Golden Dragon ) sebagai sekolah sementara untuk menampung lebih kurang 60 orang pelajar sahaja, kemudian berpindah ke Kedai Binja, seterusnya dibina di Jalan Tok Lam pada tahun 1915 setelah memakan masa 20 tahun untuk disiapkan. Sekolah itu telah dirasmikan oleh Penasihat British iaitu Tuan Vosley.
Pada tahun 1949 dengan bantuan pemimpin Persatuan Cina, Encik Cheng Wei Ren, Dato Tan Gark Hwee, Encik Koh Teng Hee, Encik Cheok Yee, En. Kho Shao Hwang dan sokongan orang ramai, sebuah sekolah menengah aliran cina yang bergabung dengan sekolah rendah iaitu Chung Hwa Wei Sin Middle School ditubuhkan pada tahun 1949.
Pada tahun 1962 dengan bantuan kewangan daripada kerajaan, sekolah ini telah berpindah ke Jalan Bukit Kecil dan dijadikan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dengan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Pada mulanya, sekolah ini dikenali sebagai Chung Hwa Wei Sin Middle School.
Sekolah ini bermula dengan Tingkatan Satu yang mempunyai 9 orang pelajar ( 7 orang lelaki, 1 orang perempuan ) dan lebih kurang 5 orang guru. Antaranya termasuk En Chong Ya Gu yang menjawat jawatan Pengetua. Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik, Pertanian, Biologi, Kimia dan Pendidikan Seni adalah antara mata pelajaran yang diajar.
Pada tahun 1960, bantuan kewangan daripada kerajaan telah diperoleh. Sebuah bangunan baharu sekolah dibina pada tahun 1962 atas nama SMJK (C) Chung Hwa Wei Sin. Perbelanjaan projek ini dibiayai oleh pihak kerajaan. Selepas tahun 1965, pelajar tingkatan tiga telah menduduki peperiksaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia ( Lembaga Peperiksaan ).
Pada tahun 1978-1984, pusat sumber, makmal bahasa, bilik komputer serta dewan mini diadakan di sekolah ini melalui pengubahsuaian bangunan lama. Atas usaha 3 badan sebuah dewan baharu siap dibina pada Oktober 1988 。Kantin baharu ini telah mula digunakan pada tahun 1997.
Senikata lagu sekolah dicipta oleh seorang sasterawan Negara China yang terkenal Encik Lu Shao Chew dan telah diubahsuai oleh Encik Chew Man Sa yang berasal dari Pulau Pinang. Lirik lagu sekolah pula diubahsuaikan daripada lirik lagu salah sebuah Universiti di Amerika Syarikat. Lencana Sekolah dicipta oleh seorang seniman yang terkenal di negara kita Encik Chew Teng Beng.
PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA.
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
Kecemerlangan Hala Tuju Kemajuan
Excellence The Way Forward
SMKCHWS
Sentiasa Memacu Ke arah Cemerlang Hebat Wow Segalanya