Sekolah Kebangsaan Teluk Buloh telah diwujudkan sejak 112 tahun yang lalu, dengan mengandungi pelbagai sejarah dan pembangunan yang membanggakan. Kini sekolah ini mula mengorak langkah ke arah kecemerlangan seiring dengan kemajuan dan kemodenan negara dengan terpilihnya sebagai salah sebuah sekolah dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 pada tahun 2018. Sebagai sebuah sekolah transformasi, pelbagai strategi pembelajaran telah digunakan menjurus ke arah kemenjadian murid. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), program ini bertujuan untuk meningkatkan kepimpinan di sekolah serta memaksimumkan potensi guru dan murid dengan meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran, dan menggalakkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat dalam memastikan kejayaan murid.