Laman Utama Program Transformasi Sekolah 2025
Ke arah Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti
Laman Utama Program Transformasi Sekolah 2025
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :
Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik
Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid
Memantapkan kepimpinan sekolah
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Konsep Program TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan;
Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna;
Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan;
Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi; dan
Komitmen komuniti yang padu.
KERANGKA TS25
Modul Teras
Modul Latihan Program TS25 telah dibangunkan menggunakan kepakaran tenaga pensyarah dan pegawai di KPM.
Modul latihan ini merupakan Edisi Latihan secara Bersemuka yang telah dimurnikan pada tahun 2020 dan terdiri daripada lapan (8) Modul Teras iaitu:
MODUL 1 : Bimbingan dan Pementoran (Coaching and Mentoring) dalam proses mentransformasikan sekolah adalah penting.
MODUL 2 : Menerajui Kepimpinan akan mendorong pihak sekolah supaya mampu membina profil pemimpin pertengahan.
MODUL 3: Menerajui Pembelajaran menekankan elemen-elemen penting yang berkaitan dengan kaedah pengajaran guru, yang dapat mendorong perkembangan pelajar.
MODUL 4: Persekitaran Pembelajaran Bermakna adalah usaha berterusan yang bertujuan untuk menyokong pembelajaran pelajar dengan lebih berkesan dan melaksanakannya dengan lebih kerap.
MODUL 5 : Penilaian dan Refleksi ini dibina khusus untuk membolehkan peserta-peserta menilai semula keempat-empat modul yang telah dipelajari.
MODUL 6: Kefahaman Melalui RekaBentuk (KmR) memberi fokus kepada pemantapan pembelajaran bermakna dan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
MODUL 7: Digital Tools and Resources memacu kemenjadian murid melalui kapasiti pedagogi untuk pembelajaran bermakna.
MODUL 8: Redesigning SLE memberi penekanan terhadap Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang merupakan elemen penting bagi mengukur keberkesanan proses perancangan dan pelaksanaan yang telah dibuat oleh pihak sekolah.
PERINCIAN MODUL TS25 ADALAH SEPERTI BERIKUT :