HUB SEHATI
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA KAHANG TIMUR
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA KAHANG TIMUR
LAMAN SEHATI
BANGUNAN SEKOLAH
PANDANGAN ATAS SEKOLAH
NAIK TARAF PENTAS
LOGO SEKOLAH
AKRONIM SEKOLAH
SLOGAN SEKOLAH
Sekolah ini telah ditubuhkan pada hari Rabu, 3 Januari 1979 dengan murid seramai 30 orang serta 6 orang guru di bawah pentadbiran Sekolah Kebangsaan Ladang Pamol. Ketika itu, murid-murid ditempatkan di enam buah rumah peneroka. Pada tahun 1882, apabila siapnya bangunan baru yang mengandungi enam buah bilik darjah dan kantin, maka berpindahlah murid-murid dari rumah peneroka ke bangunan sekolah yang baru. Sekolah ini juga diuruskan oleh pentadbiran yang baru. Berikutan bilangan murid terus bertambah, sebuah bangunan baru yang mengandungi bilik pemulihan, bilik rawatan dan bilik tayang telah dibina dan siap sepenuhnya menjelang bulan Oktober 1983.
Pada awal tahun 1984, bilangan murid sekolah ini telah melebihi 700 orang dan menjelang tahun 1987, bilangan murid terus meningkat sehingga mencapai jumlah 1202 orang murid dan sesi persekolahan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Berikutan dengan penambahan bilangan murid, satu perancangan untuk menjadikan sekolah ini beroperasi satu sesi sahaja, satu lagi bangunan baru telah dibina dan siap sepenuhnya untuk digunakan pada tahun 1995. Namun begitu, dengan pembukaan Sekolah kebangsaan Ulu Dengar pada tahun 1994, murid-murid yang berasal dari tanah rancangan tersebut telah berpindah ke sekolah tersebut dan ini menjadikan bilangan murid menurun kepada 786 orang. Dengan itu, pada tahun 1995, sekolah ini kembali kepada satu sesi sahaja.
Jumlah terkini sehingga 12 Mac 2025 ialah seramai 30 orang guru, 5 orang AKP, dan 351 orang murid.