PENGENALAN
YAB Perdana Menteri telah memperkenalkan Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) selaras dengan anjakan Reformasi Perkhidmatan Awam, YAB Perdana Menteri menggesa agar semua Kementerian/jabatan/agensi memberi komitmen penuh dalam memastikan perkhidmatan kepada rakyat disampaikan dengan pantas dan berkesan. Sehubungan itu, pendekatan Whole of Government akan diperluaskan lagi dengan pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI.
Kementerian Kewangan sebagai agensi peneraju Sekolah Angkat MADANI.
ICU JPM berperanan sebagai agensi pemantau Sekolah Angkat MADANI.
Sebanyak 200 Sekolah Angkat Madani seluruh negara dan peruntukan sebanyak RM100 ribu.
OBJEKTIF SEKOLAH ANGKAT MADANI
Satu inisiatif strategik yang memberi tumpuan kepada pembangunan sosial dan ekonomi di peringkat sekolah.
Memperkasa komuniti sekolah melalui pelbagai inisiatif pembangunan yang relevan dan mampan.
Mewujudkan kerjasama erat antara agensi kerajaan dan institusi pendidikan dalam memperkasakan pembangunan sahsiah murid serta menjadi hab komuniti pendidikan luar bandar.
Pemangkin kepada usaha meningkatkan kualiti hidup dan pendidikan, selaras dengan agenda MADANI negara yang mengutamakan pembangunan holistik dan kesejahteraan rakyat