Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang atau nama ringkasnya SMK Kubor Panjang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kubor Panjang. Sekolah ini dibuka pada tahun 1965 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang. Ketika itu, perintis pendidikan menengah di Pekan Kubor Panjang hanya terdiri dari 165 pelajar dan 7 orang guru lelaki.
Pada tahun 1968, SMK Kubor Panjang terus maju dengan mendirikan 2 blok bangunan iaitu Bangunan Melor dan Bangunan Anggerik. Kini, pada tahun 2013, SMK Kubor Panjang telah mempunyai 9 blok bilik darjah dengan 1 blok tiga tingkat dikhaskan untuk pelajar PraUniversiti, 2 buah surau, 5 buah Makmal Sains, Makmal Komputer dengan 50 buah komputer, 2 buah bilik ERT, Bilik Mesyuarat berhawa dingin yang boleh memuatkan 100 orang pada satu-satu masa,2 bengkel KH, koperasi, dan dewan terbuka. Jumlah pelajar juga telah meningkat ke 1 600 orang pelajar dan 120 orang guru MOTO SMKKP BE EXTRAORDINARY