ISI KANDUNGAN BANTU MULA
Bantu mula merupakan satu aspek penting dalam kehidupan. Ia merujuk kepada tindakan awal atau pertama yang dilakukan dalam keadaan kecemasan. Dengan perkataan lain, ia merupakan pertolongan cemas terhadap individu tertentu yang cedera atau tidak berupaya, sementara menunggu ketibaan pegawai perubatan ataupun sebelum dihantar ke klinik atau hospital terdekat. Ia mungkin dapat membantu membaiki keadaan mangsa ataud apat menyelamat dan menyembuhkan kesakitan yang dialaminya. Walau bagaimanapun, pertolongan cemas tidak boleh dijadikan penggantian kepada penjagaan perubatan sebenar. Ia hanyalah merupakan suatu pertolongan yang dapat diberi sementara bantuan sebenar tiba.
Terdapat pelbagai bahaya dan kecederaan yang mungkin berlaku di dalam sesebuah rumah sekiranya kita tidak berhati-hati seperti luka terbakar, gigitan1dan sengatan serangga atau binatang berbisa, tercekik, kekejangan, tulang patah dan sebagainya.
Alat pertolongan cemas perlu mengandungi beberapa peralatan yang penting untuk digunakan ketika kecemasan.Ia lazimnya mengandungi:
Pengesat kain kasa yang steril
Pembalut kain kasa yang steril dan gulungan kapas
Plaster pelekat
Pembalut kenyal
Pembalut segi tiga
Termometer (Jangka suhu) klinikal
Gunting Penyepit dengan hujung yang tajam
Klip atau pin keselamatan
Ubat sapu seperti krim antigatal, losyen antiseptik dan sebagainya
Ubat-ubatan untuk penyembuhan dalaman seperti antasid,ubatpenghilang kesakitan, ubat melawan demam.
Luka terbakar ialah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh suhu tinggi,bahan kimia atau sinaran.
Melecur pula terjadi akibat pendedahan terhadap habalembap seperti wap atau cecair panas.
Panduan pertolongan cemas bagi luka terbakar dan melecur adalah seperti berikut:
Alihkan atau buangkan punca kecederaan tersebut
Tanggalkan perlahan-lahan pakaian, barang kemas, tali pinggang atau jam dari bahagian yang tercedera kecuali jika ia melekat pada kulit.
Sejukkan bahagian yang tercedera secepat mungkin dengan merendamkannya ke dalam air sejuk selama 10 - 15 minit.
Balut bahagian yang tercedera dengan longgar menggunakan pembalut steril atau kain nipis yang serupa dengannya.
Jangan sapukan sebarang krim, losyen, minyak, salap, mentega atau bahan lemak pada bahagian yang tercedera.
Jangan pecahkan lepuh yang timbul atau melakukan apa-apa di bahagian berkenaan.
Jangan menggunakan sebarang pembalut yang melekat atau wul kapas pada luka.
Prinsip asas pengawalan pendarahan ialah mengehadkan pengaliran darah kebahagian yang luka dengan meninggikan bahagian tersebut dan memberi tekanan ke bahagian yang terlibat.
Tekankan semampatnya kain pembalut yang bersih dan yang boleh menyerap pada luka untuk selama 20 minit.
Jika terdapat serpihan bendaasing dalam luka, tekan di bahagian kelilingnya.
Jika tiada tulang yang patah, retak atau terkehel, tinggikan bahagiantersebut sementara mengekalkan tekanan untuk mengurangkan pendarahan.
Jika pendarahan berterusan, tekan arteri yang berdekatan dengan bahagian luka. Cuci bahagian sekeliling luka dengan air sejuk selama 10 - 15 minit dan lapkannya di bahagian tepi luka menggunakan pad atau kasa yang bersih.
Pendarahan dari sesetengah luka kecil akan terhenti jika dibasuh dandibalut dengan kemas
Tutup atau balut luka tersebut dengan segera.
Bungkus mana-mana bahagian yang terputus dalam beg khas dan seboleh-bolehnya masukkannya ke dalam ais.
Suntikan tetanus mungkin perlu diberi kepada mangsa.
Jika hidung berdarah, picitkan hidung di bahagian bawah tulang hidunguntuk selama 5 minit. Pastikan kepala sentiasa terdongak.
Jangan berikan sebarang makanan atau minuman.
Jangan sentuh atau menarik keluar objek atau benda asing yangmenusuk luka kerana dikhuatiri akan menyebabkan pendarahan bila dikeluarkan.
Tanda-tanda dan gejala yang mungkin dilihat ialah bekas gigitan, bengkak dankesan kemerahan, sakit di bahagian yang terlibat, loya dan muntah, kesukaran bernafas dan menelan, reaksi alahan seperti renjatan dan sebagainya.
Cuci bahagian yang tercedera dengan air suam dan sabun, atau bahan antiseptik yang lembut.
Keringkan bahagian berkenaan dengan cermat dengan mengelapkannya bermula dari bahagian luka dan ke luar.
Jika perlu sapukan losyen Calamine untuk menghilangkan rasa gatal.
Tutupkan luka berkenaan dengan pembalut yang bersih dan letakkan plaster.
Tuamkan dengan ais untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.
Untuk gigitan berbisa, JANGAN sekali-kali mencuci, memotong atau menghisap bisa dari bahagian gigitan.
Sebaliknya, cuba kurangkan pengaliran darah ke bahagian tersebut.
Elakkan dari memicit kantung racun kerana ini akan menyebarkan racun berkenaan ke bahagian lain dalam badan.