Dr S Hasimah Wati binti Zainal
PK Tingkatan 6
SMK Tinggi Kluang
Dr S Hasimah Wati binti Zainal
PK Tingkatan 6
SMK Tinggi Kluang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar, ibu bapa dan warga sekolah yang telah memberikan sokongan berterusan kepada pengurusan Tingkatan 6.
Tingkatan 6 merupakan satu fasa penting dalam perjalanan pendidikan pelajar di mana mereka akan menghadapi pelbagai cabaran dan peluang untuk mempersiapkan diri menghadapi dunia yang sebenar. Ianya merupakan fasa transisi yang penting dalam perjalanan akademik pelajar samada dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi pelbagai peperiksaan dan juga untuk memasuki alam kerjaya atau pengajian tinggi.
Kami di sini berkomitmen untuk memberikan persekitaran pembelajaran yang terbaik dan menyokong perkembangan akademik dan sahsiah pelajar secara menyeluruh. Kami juga berkomitmen untuk memastikan setiap pelajar menerima bimbingan dan sokongan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Pihak pengurusan sekolah dan tenaga pengajar Tingkatan 6 sentiasa berusaha keras untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan memberikan peluang yang terbaik bagi perkembangan akademik dan peribadi pelajar Tingkatan 6.
Kepada pelajar, manfaatkanlah setiap peluang yang ada dan teruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan. Kepada ibu bapa, sokongan dan dorongan anda amatlah dihargai dan kami berharap agar kita dapat bekerjasama untuk memastikan kejayaan anak-anak kita. Kami percaya bahawa dengan kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar sendiri, kita dapat mencipta pengalaman pembelajaran yang bermakna dan mencapai kejayaan bersama. Marilah kita bersama-sama berusaha dengan penuh tekad dan semangat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam setiap aspek.
Sekian, terima kasih.
Dr. S Hasimah Wati Binti Zainal
Penolong Kanan Tingkatan 6
SMK Tinggi Kluang