Merujuk kepada Shafina Sofian (n.d.), permainan Bingo merupakan aktiviti yang dapat menarik minat murid dalam pembelajaran. Dengan itu, saya telah memodifikasi bingo ini dengan menerapkan operasi tambah.
Langkah untuk bermain:
Murid diberikan kad bingo tambah
Murid diminta menulis nombor 1 sehingga 9 secara rawak dalam petak bingo
Murid perlu mendengar soalan cikgu seperti 2+2 dan menandakan jawapannya dalam petak tertentu.
Murid perlu mengangkat tangan sekiranya berjaya menanda satu baris ataupun satu lajur.
Contoh soalan:
0+1 3+3 7+1
1+1 6+1 5+4
2+1 2+2 3+2
Saya telah menyediakan slaids yang menarik dengan menggunakan Canva untuk mengajar topik operasi tambah ini. Sila tekan button di bawah untuk akses.
Plus 'N' Play Bag merupakan satu bahan bantu mengajar yang dicipta untuk membantu MBPK dalam membuat operasi tambah. BBM ini telah mengaplikasikan teknologi dalam menyediakan brochure, user manual dan background music supaya dapat memudahkan pengguna menggunakannya. Maklumat yang lebih lanjut sila akses Qr Code yang disediakan di bawah.
Langkah Menjalankan Aktiviti:
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan mengikut tahap penguasaan.
Murid dikehendaki menggunakan Plus 'N' Play Bag untuk menjawab soalan yang diberikan dalam slaids dengan bimbingan guru
Setiap kumpulan bergilir-gilir menjawab soalan. Semasa kumpulan lain sedang menjawab, murid perlu memerhatikan langkah menjawab mereka betul atau tidak.
Aktiviti tambahan disediakan bagi menyeronokkan proses pengajaran dan pembelajaran di samping dapat mengukuhkan kemahiran menambah dalam kalangan murid.