Selamat Datang Ke Para Mentor: Gerbang Ilmu dan Inspirasi
Cikgu Amira merupakan guru Bahasa Melayu dan guru kelas kami iaitu 2 Cekal. Beliau seorang yang penyayang, mudah terhibur dan sopan-santun. Kami amat bersyukur kerana beliau terpilih untuk mengajar kelas kami.
Walaupun tegas dalam mendidik, Cikgu Natasya, guru Pendidikan Seni Visual kami, senantiasa menyayangi dan mengambil berat akan setiap anak muridnya.
Beliau merupakan guru bagi subjek Sejarah untuk tahun ini. Beliau tegas dan baik apabila mengajar anak-anak murid agar maklumat yang disampaikan masuk didalam kepada mereka semua.
Beliau mengajar subjek Pendidikan Jasmani untuk puteri-puteri 2 Cekal. Walaupun agak tegas apabila mengajar, beliau sangat 'sporting', 'supportive' dan baik ketika mengajar anak-anak didiknya.
Cikgu Khairul, guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan kami, berilmu dan bijak menceriakan suasana. Dengan penyampaiannya yang santai dan chill, beliau menjadikan setiap aktiviti PJ dan PJK menyeronokkan dan mudah dipelajari.
Cikgu Mohana atau Puan Mohana merupakan cikgu bagi subjek Sains. Beliau berazam untuk anak-anak muridnya berjaya dengan gemilang di dunia ini di masa hadapan nanti.
Cikgu Aliyah merupakan cikgu bagi subjek Asas Sains Komputer. Beliau telah mengajar kami daripada tingkatan 1. Beliau berharap agar anak-anak muridnya berjaya seperti anak-anak murid yang beliau telah mengajar sebelum ini.
Beliau juga sama seperti Cikgu Aliyah. Ustazah Norliyana telah mengajar kami Pendidikan Islam sejak kami berumur 13 tahun. Beliau berharap untuk anak-anak didiknya untuk dapat masuk syurga bersama-sama dengannya.
Beliau merupakan guru subjek Sejarah sewaktu kami di tingkatan 1, dan mengajar subjek Geografi pada masa kini. Beliau berharap agar kami dapat mengejar cita-cita yang diingini serta beradab sesama guru dan orang lain.
Beliau merupakan guru Bahasa Inggeris untuk tahun ini. Walaupun baru sahaja mengajar kelas kami, kami berasa amat gembira dengan gaya penyampaian maklumat beliau yang agak 'humourous' dan menarik.
Cikgu Izzat, guru Matematik kami, berilmu tinggi dan bijak menceriakan suasana. Dengan penyampaian yang santai, lucu, dan mudah difahami, beliau menjadikan topik sukar Matematik menyeronokkan dan mudah dikuasai.
Cikgu Norliza telah dtugaskan sebagai mentor BYODS pada tahun ini. Walaupun Cikgu Norliza tidak mengajar kelas kami, kami hormati juga beliau sebagai seorang pendidik.