Selamat Datang Ke Tunjang Pendidik: Gerbang Ilmu dan Inspirasi
Cikgu Aishah, selaku Mentor Utama bagi 3 Cekal dan subjek Asas Sains Komputer merupakan seorang pendidik yang kami sayangi dan hargai. Beliau berhasrat untuk murid-murid 3 Cekal terus memacu masa hadapan.
Cikgu Aisyah, seorang pendidik yang ditempatkan untuk mendidik dan membimbing 3 Cekal bagi tahun ini. Beliau bercita-cita untuk melihat anak-anak didiknya maju di masa hadapan nanti.
Cikgu Liana, seni merupakan subjek yang beliau didikkan kepada murid-murid 3 Cekal. Beliau ingin melihat semua anak didikkan 3 Cekal mampu menggapai cita-cita yang mereka impikan.
Beliau merupakan guru bagi subjek Sejarah untuk 3 Cekal selama 2 tahun berturut-turut! Beliau tegas dan baik apabila mengajar anak-anak murid agar maklumat yang disampaikan masuk didalam kepada mereka semua.
Cikgu Nor Azim, berdedikasi untuk mengajar anak-anak muridnya dengan menggabungkan 2 kelas, yakni Cekal dan Murni. Beliau ingin kesemua anak muridnya mempunyai fizikal yang cergas, dan mental yang cerdas.
Ustazah Narimah, ditugaskan untuk membimbing anak didiknya untuk menuju ke kampung abadi, yakni Jannah, bersama-sama dengan beliau. Beliau meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat semua anak didikannya untuk berjaya dunia dan akhirat.
Cikgu Maziara, seorang guru dengan 1 matlamat; membimbing anak-anak didiknya di kelas 3 Cekal untuk maju dan berjaya didalam subjek Geografi. Harapan beliau adalah untuk semua anak-anak didiknya terus mencapai sehingga titik kejayaan mereka.
Madam Atiqah, beliau merupakan pembimbing dalam subjek Bahasa Inggeris kelas 3 Cekal. Harapan beliau adalah murid-murid 3 Cekal mampu untuk mendepani cabaran dunia tanpa berputus asa.
Cikgu Norliza, beliau merupakan tunjang utama kepada program BYODS dan subjek Matematik bagi kelas 3 Cekal. Harapan beliau adalah untuk melihat semua anak didiknya dapat menggapai ilmu sehingga menara gading.
Tiada data diperoleh, nantikan kemas kini seterusnya.
Tiada data diperoleh, nantikan kemas kini seterusnya.
Tiada data terkini, nantikan kemas kini seterusnya.