APAKAH PDPR?

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bertujuan untuk membantu guru melaksanakan tugas sebagai alternatif pembelajaran norma baharu. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang. PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.

Objektif PDPR

Pendekatan PDPR

PdPR secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara real time. Guru boleh melaksanakan PdPR melalui:

1. pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan aplikasi media sosial; atau 

2. aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara lintas langsung (live streaming); atau 

3. ePermainan (gamification), video, klip audio, eBuku, rakaman atau tugasan dalam talian. 

PdPR secara luar talian berlaku apabila murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian Internet. Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain. 

Pembelajaran secara off-site ialah kaedah pembelajaran yang berlaku di lokasi seperti di pusat komuniti, atau di mana-mana premis yang diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara akibat bencana atau wabak. Pembelajaran secara off-site dilaksanakan mengikut Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 2016 Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana. 

Kaedah PDPR

PDPR di SMK (L) BB

Para guru di SMK (L) Bukit Bintang amat komited dalam melaksanakan PDPR agar para pelajar mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan. Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, hanya 30% warga BB dibenarkan berada di premis sekolah. Oleh itu, majoriti guru menjalankan sesi pembelajaran di rumah menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai. Pelajar Tingkatan 5 'cohort' 2020 dan guru-guru matapelajaran Tingkatan 5 diwajibkan hadir ke sekolah untuk sesi pembelajaran bersemuka. Pada masa yang sama, mereka juga harus melakukan PDPR bagi pelajar Tingkatan Peralihan sehingga Tingkatan 4.