Pengertian Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
- SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) merupakan Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh kementerian-kementerian seperti Kementerian Pendidikan Malaysia. SPI akan diedarkan dari masa ke semasa mengikut keperluan semasa.
- Ianya adalah satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan pendidikan itu tersendiri.
- Merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam dalam kementerian pendidikan tersebut.
Tujuan SPI diwartakan
Merupakan satu peringatan dan tindak awal/langkah keselamatan kepada semua penjawat awam.
Langkah kawalan/pencegahan sangat penting dalam memastikan pengurusan tadbir urus berada dalam penjimatan dan mengelakkan isu salah guna.
SPI juga bertujuan sebagai satu peraturan dan perlindungan semua pihak.
Pautan di atas adalah Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) berkaitan dengan Pengurusan Kokurikulum sebagai rujukan bersama.
Senarai disediakan dengan kemaskini jika ada pekeliling yang baharu dikeluarkan oleh Pegawai JPN.