"Keputusan Bijak, Ekonomi Mantap"
Ekonomi merupakan disiplin sains sosial yang melatih murid untuk memahami bagaimana individu, masyarakat, dan negara menguruskan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan serta kehendak yang tidak terbatas. Di SMK Segambut, kami mendidik murid untuk berfikir secara kritis dalam membuat keputusan, memahami dinamika pasaran, serta menganalisis peranan kerajaan dalam kestabilan ekonomi. Subjek ini bukan sekadar teori, malah merupakan persediaan jitu bagi melahirkan warga global yang bijak mengurus kewangan dan peka terhadap isu ekonomi semasa
Penyelaras & Guru Mata Pelajaran Ekonomi