Bagi menghasilkan satu penulisan, penggunaan huruf besar dan huruf kecil perlu dititikberatkan kerana Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu telah menggariskan 14 cara penggunaan huruf besar . Menurut Zaidi Ismail (2008), menyatakan bahawa terdapat 18 cara penggunaan huruf besar.
Penulisan huruf besar
Huruf besar digunakan pada huruf pertama dalam ayat. Contohnya :
Bunga raya mekar indah di taman.
Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama dalam petikan langsung seperti :
" Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga ke menara gading " pesan ibu.
Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan nama Allah dan kitab suci, termasuk kata ganti untuk Allah seperti Tuhan, Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Pemurah. Contoh :
Membaca al-Quran bermakna seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT.
4.Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keagamaan, dan keturunan diikuti nama orang . Contohnya:
Nabi Muhammad, Imam Nawawi dan Tunku Abdul Rahman
5. Huruf besar digunakan bagi huruf pertama nama gelaran kehormatan tidak diikuti nama orang, khusus bagi perkataan Sultan, Raja, Tan Sri, Datuk. Contohnya :
Beliau dikurniakan gelaran Tan Sri.
6.Huruf besar digunakan untuk huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat diikuti nama orang. Contohnya :
Professor Amin
7. Huruf besar digunakan untuk setiap huruf pertama nama orang seperti :
Wan Su binti Ali, Hang Jebat dan lain-lain
8. Huruf besar digunakan untuk huruf pertama nama bangsa, suku kaum dan bahasa. Contohnya :
Bangsa Melayu, suku Murut, bahasa Tamil.
9. Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama bulan, tahun, hari, hari raya. Contohnya :
tahun Hijrah, bulan Mei, hari Rabu, hari Thaipusam dan Pengisytiharan Kemerdekaan.
10. Huruf besar digunakan bagi huruf pertama nama khas dalam geografi seperti:
Laut Merah, Selat Melaka, Gunung Tahan.
11.Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama rasmi kementerian, jabatan, institusi, organisasi, dan nama dokumen rasmi kecuali unsur seperti dan. Contoh:
Dewan Rakyat, Kementerian Kerja Raya, Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Majlis Amanah Rakyat, dan Republik Indonesia.
12. Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama pada semua perkataan dalam judul buku, majalah, suratkhabar, dan judul karangan kecuali kata partikel, seperti di, ke, dari, untuk dan yang, yang tidak terletak pada kedudukan awal. Contoh:
akhbar Berita Harian, Dari Kulim ke Perlis
13. Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama semua unsur perkataan ulangan yang terdapat pada nama kategori yang tercantum. Contoh:
Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.
14.Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama singkatan unsur nama gelaran, pangkat dan sapaan. Contoh:
Dr. (Doktor), Hj. (Haji), Hjh (Hajah), Pn. (Puan), Tn. (Tuan) dan Sdri. (Saudari).
15.Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama kata penunjuk hubungan persaudaraan seperti bapa, emak, ibu, kakak, adik, dan pak cik yang digunakan sebagai kata ganti atau sapaan yang diikuti nama orang. Contoh:
Jemput datang, Puan Nora.
Penggunaan Huruf Kecil
Huruf kecil digunakan sebagai huruf pertama nama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang umum yang tidak diikuti nama orang.Contohnya :
Tahun ini Encik Rosli pergi menunaikan haji.
Huruf kecil digunakan sebagai huruf pertama nama jawatan dan pangkat yang tidak diikuti nama orang. Contoh:
Siapakah gabenor yang baru dilantik itu?
3.Huruf kecil digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku, dan bahasa yang tidak digunakan sebagai nama.
Contoh:
kemalaysiaan, kecina-cinaan, keinggeris-inggerisan, dan memelayukan
4.Huruf kecil digunakan sebagai huruf pertama peristiwa sejarah yang tidak digunakan sebagai nama. Contoh:
mengisytiharkan kemerdekaan
5. Huruf kecil digunakan sebagai huruf pertama perkataan yang tidak dipakai sebagai unsur rasmi kementerian, jabatan, institusi, organisasi, dan nama dokumen rasmi. Contoh:
Menurut undang-undang yang sedia ada.