Jenis-jenis kesalahan kata:
1.Penggunaan kata tidak sesuai
Betul : DI HADAPAN
Salah: DIHADAPAN
Alasan : Papan tanda di sebelah menunjukkan kesalahan kata sendi iaitu perkataan 'DIHADAPAN' harus dieja jarak. Hal ini kerana perkataan 'di' merupakan kata sendi nama dan digunakan khusus di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat dan masa perlu dijarakkan. Oleh itu, kata yang betul ialah 'DI HADAPAN'.
Panduan Pembetulan : Perlu mengetahui setiap jenis kata sendi nama beserta fungsinya supaya tidak berlaku kesalahan penggunaan kata sendi nama. Dan boleh merujuk Kamus Dewan bagi melihat jenis-jenis kata sendi nama beserta fungsinya
Betul : DILARANG
Salah: DI LARANG
Alasan : Papan tanda di sebelah menunjukkan kesalahan kata sendi iaitu perkataan 'DI LARANG' harus dieja rapat. Hal ini kerana perkataan 'di' merupakan kata sendi nama dan harus dirapatkan jika menunjukkan perbuatan atau yang lain. Oleh itu, kata yang betul ialah 'DILARANG'.
Panduan Pembetulan : Perlu mengetahui setiap jenis kata sendi nama beserta fungsinya supaya tidak berlaku kesalahan penggunaan kata sendi nama. Dan boleh merujuk Kamus Dewan bagi melihat jenis-jenis kata sendi nama beserta fungsinya
Betul : DI SINI
Salah: DISINI
Alasan : Kertas di sebelah menunjukkan kesalahan kata sendi iaitu perkataan 'DISINI' harus dieja jarak. Hal ini kerana perkataan 'di' merupakan kata sendi nama dan digunakan khusus di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat. Oleh itu, kata yang betul ialah 'DI SINI'.
Panduan Pembetulan : Perlu mengetahui setiap jenis kata sendi nama beserta fungsinya supaya tidak berlaku kesalahan penggunaan kata sendi nama. Dan boleh merujuk Kamus Dewan bagi melihat jenis-jenis kata sendi nama beserta fungsinya.
2.Kesalahan dalam memilih kata yang betul berdasarkan konteks
Betul : Pelbagai jenis kuih
Salah: Pelbagai jenis kuih-muih
Alasan : Paparan gambar di sebelah menunjukkan kesalahan kata ganda iaitu perkataan 'Pelbagai jenis kuih-muih' merupakan ejaan yang salah. Hal ini kerana perkataan 'pelbagai' sudah menunjukkan kepelbagaian, jadi tidak perlu megulang perkataan 'muih'. Frasa "kuih-muih" digunakan apabila tidak ada kata penentu seperti '"pelbagai jenis". Oleh itu, kata yang betul ialah 'Pelbagai jenis kuih'.
Panduan Pembetulan : Semak dan hapuskan huruf ganda yang tidak diperlukan. Rujuk Kamus Dewan.
Betul : Daripada
Salah: Dari
Alasan : Papan tanda di sebelah menunjukkan kesalahan kata sendi iaitu perkataan 'Dari' merupakan ejaan yang salah. Hal ini kerana, kata sendi 'dari' digunakan di hadapan kata nama bagi menunjukkan arah,waktu dan tempat. Oleh itu, kata sendi 'Daripada' merupakan kata yang betul kerana menunjukkan benda atau perbezaan.
Panduan Pembetulan : Perlu mengetahui setiap jenis kata sendi nama beserta fungsinya supaya tidak berlaku kesalahan penggunaan kata sendi nama. Dan boleh merujuk Kamus Dewan bagi melihat jenis-jenis kata sendi nama beserta fungsinya.
Betul : memperindah
Salah: memperindahkan
Alasan : Paparan gambar di sebelah menunjukkan kesalahan penggunaan imbuhan pada kata iaitu perkataan 'memperindahkan'. Hal ini kerana kesalahan dalam penggunaan imbuhan memper-...-kan dengan kata adjektif. Oleh itu, kata yang betul ialah 'memperindah'.
Panduan Pembetulan : Pilih kata nama dan kata adjektif yang tepat dan boleh merujuk Kamus Dewan.