JUMLAH PELAWAT
TEMPOH MASA PELAKSANAAAN KURUS KOHORT 1 BERMULA 16 NOVEMBER 2020 - 27 NOVEMBER 2020
JUMLAH PELAWAT
Portal ini diwujudkan sebagai platform Task Force Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran dalam memberi perkongsian maklumat, khidmat nasihat, bimbingan dan menjalankan pemantauan secara berkala kepada sekolah yang terpilih dalam Penataran Autonomi Bantuan Persekolahan Umum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kohort 1.
PENGENALAN
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) selaku peneraju Inisiatif #96: Pembangunan Prinsip Pembiayaan Saksama bagi Bantuan Persekolahan KPM, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 telah membentangkan Kertas Cadangan Penambahbaikan Kaedah Pembiayaan bagi Bantuan Persekolahan Umum KPM dan Mesyuarat Profesional KPM (MPKPM) Bil. 37/2019 pada 17 Oktober 2019 dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM (MPTKPM) Bil. 17/2019 pada 1 November 2019. Susulan daripada itu, Kertas Cadangan Garis Panduan Penambahbaikan Kaedah Pembiayaan bagi Bantuan Persekolahan Umum KPM telah dibentang dan diluluskan dalam MPKPM Bil. 41/2019 pada 14 November 2019 dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM (MPTKPM) Bil. 18/2019 pada 15 November 2019.
Mesyuarat tersebut memutuskan pada peringkat permulaan, pemberian autonomi dalam kaedah pembiayaan bagi bantuan persekolahan umum KPM ini hanya diberikan kepada sekolah yang terpilih. Pemilihan sekolah berdasarkan kepada status laporan audit sekolah tahun 2016 dan 2017, iaitu:
Sekolah yang mencapai status cemerlang dalam pengurusan kewangan;
Sekolah yang menerima laporan audit tanpa teguran dalam penyediaan penyata kewangan sekolah.
Jumlah sekolah yang dipilih untuk peringkat permulaan pelaksanaan autonomi dalam kaedah pembiayaan bagi bantuan persekolahan umum KPM pada tahun 2020 adalah sebanyak 937 buah sekolah (sekolah di JPN Pulau Pinang tidak terpilih berdasarkan laporan audit sekolah tersebut). Jumlah sekolah ini dibahagikan mengikut jenis sekolah dan Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTJ) iaitu JPN dan Bahagian KPM. Semua sekolah yang terlibat telah diberikan satu surat punca kuasa bertarikh 3 Mac 2020 daripada KPM bersama-sama Garis Panduan.
Sekolah yang telah diberi autonomi akan dinilai setiap tiga tahun untuk pemberian autonomi bagi fasa tiga tahun yang berikutnya. Sepanjang tempoh tiga tahun tersebut, sekolah akan dipantau oleh Bahagian Audit Sekolah dan Jemaah Nazir, serta diberi bimbingan oleh Institut Aminuddin Baki dan Task Force Inisiatif #96: PPPM 2013 - 2025. Sebagai contoh, Kohort Pertama yang telah diberi autonomi pada tahun 2020 akan dinilai pada tahun 2023 berdasarkan laporan audit tahun 2020 dan 2021. Hanya sekolah yang mencapai audit cemerlang dan tidak berteguran akan kekal menerima autonomi. Pemberian autonomi ini akan diperluaskan ke sekolah lain pada setiap tiga tahun serentak dengan sekolah yang kekal menerima autonomi dalam kohort sebelumnya.
Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) KPM
OBJEKTIF
Penambahbaikan dalam kaedah pembiayaan bagi bantuan persekolahan umum bertujuan untuk:
Memberi autonomi kepada sekolah untuk membuat pindah peruntukan bagi Bantuan Persekolahan Umum dengan kelulusan Pengurus Sekolah berdasarkan keputusan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat sekolah.
Membantu sekolah dalam membuat perbelanjaan secara optimum daripada peruntukan yang diterima berdasarkan keperluan dan keutamaan sekolah untuk meningkatkan keberhasilan murid.
Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) KPM