Proses Peleburan Besi
Tamadun Sungai Batu menjalankan sistem ekonomi yang berteraskan industri peleburan besi, melonjakkan profil Lembah Bujang dan khususnya Sungai Batu sebagai pemangkin dan nadi kemajuan yang mutlak bagi kerajaan silam yang digelar Kedah Tua. Ini membuktikan bahawa masyarakat tempatan sudah memiliki kemahiran tinggi dalam peleburan besi.
RELAU
Relau merupakan dapur yang digunakan untuk meleburkan material/mineral tertentu pada suhu yang tinggi. Terdapat sebanyak 17 tapak peleburan telah ditemui di Kompleks Arkeologi Sungai Batu. Berdasarkan budaya material in situ dan dalam kuantiti yang banyak serta pentarikhan seawal 535 sebelum masihi jelas membuktikan kepentingsn industri besi sebagai sumber ekonomi masyarakat awal Kedah Tua
KOMPONEN RELAU
Relau terdiri daripada tiga komponen penting iaitu tuyure, mulut relau dan corong.
Tuyure merupakan satu perkakas penting dalam proses peleburan dan pemprosesan besi. Tuyure sebagai alat peniup angin, dimana oksigen atau udara dihantar kebahagian dalam relau untuk membantu meningkatkan suhu bagi mencairkan pelbagai jenis logam.
Semua bahan yang diperlukan dalam proses peleburan besi akan dimasuki dan disusun melalui mulut relau.
Besi yang dilebur akan mengalir keluar melalui corong
PROSES PELEBURAN BESI
- Pengumpulan bahan
Pada permulaanya, masyarakat tempatan akan mengumpul semua bahan yang diperlukan dalam proses peleburan besi. Bahan-bahan ini adalah seperti bijih besi, arang kayu pokok bakau, cangkerang dan pasir.
2. PENYUSUNAN BAHAN
Semua bahan yang diisi melalui mulut relau. Bahan diletak empat lapis. Setiap lapis terdiri daripada
10 kg bijih besi
5 kg kapur( cangkerang laut yang ditumbuk)
5 kg pasir
Arang kayu pokok bakau
Bijih besi diketuk kepada saiz yang kecil sebelum dimasuk melalui mulut relau
3. Peleburan besi
HASIL PRODUK
Terdapat dua jenis hasil produk di Sungai Batu, iaitu jongkong besi dan sisa besi. Tiada satu relau yang lengkap dijumpai di sini kerana relau dipecahkan selepas tamat proses peleburan besi untuk mendapatkan jongkong besi di dalamnya. Sisa besi akan mengalir keluar melalui corong.
JONGKONG BESI
Jongkong besi adalah hasil daripada peleburan bijih besi. Ianya hanya mengandungi 93% besi tulen, 3-5% karbon, silika, belerang, fosfurus dan manggan. Besi jongkong adalah bahan utama untuk membuat besi tuang, besi tempa dan keluli
SISA BESI
Sisa Besi adalah bahan terbuang selepas peleburan besi. Ratusan ribu ketul sisa besi terbuang yang dijumpai semasa kerja-kerja ekskavasi arkeologi di tapak arkeologi Sungai Batu, Merbok, Kedah
Jongkong Besi kemudian diketul untuk menjadi ketulan kecil dan dieksport ke luar untuk pembuatan pedang dan sebagainya
Sila tekan butang di bawah untuk TERUS ke bahagian KEPENTINGAN TAPAK
Sila tekan butang di bawah untuk KEMBALI ke bahagian FUNGSI TAPAK