Diambil daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Serai_Kayu
dan
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2014/09/8681/khasiat-daun-serai-kayu-rawat-darah-tinggi
Pokok Serai Kayu merupakan sejenis pokok tropika, nama saintifiknya Syzygium polyanthum[1]. Ia merupakan pokok setinggi 30 meter dengan batang yang bewarna kelabu dan bersisik. Daunnya bewarna hijau kekuningan, setentang, eliptik, pangkal kuneat dan apeks akuminat. Bunga Serai Kayu adalah sesil dan berwarna putih. Memiliki buah jenis globus, berwarna merah jambu atau ungu apabila masak.
Ia Terdapat di kawasan hutan tanah rendah seperti di Burma dan Malaysia. Biasanya di Pulau Langkawi serta Singapura.
Ulaman, gatal-gatal badan, awet muda Huraian Morfologi: Pokok setinggi 30 m. Batang kelabu dan bersisik. Daun hijau kekuningan, setentang, eliptik, pangkal kuneat dan apeks akuminat. Bunga sesil dan berwarna putih. Buah jenis globus, berwarna merah jambu atau ungu apabila masak. Taburan Ekologi Terdapat di kawasan hutan tanah rendah seperti di Burma dan Malaysia. Biasanya di Pulau Langkawi serta Singapura.
Pengambilan ulam daun serai kayu
Menyedari perkara ini, sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian, Kelantan mengambil inisiatif menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ulam daun serai kayu atau daun salam dalam kalangan penduduk tempatan yang dikatakan mampu menurunkan kadar darah tinggi.
Daun serai kayu atau di sesetengah tempat di negara ini dikenali sebagai daun salam, samak kelat, daun bay dan daun beriani, banyak digunakan dalam masakan di seluruh dunia kerana keistimewaannya membangkitkan aroma dalam juadah.
Jika di Indonesia ia lebih dikenali sebagai meselengan, ubat serai, gowok, manting dan kastolam, manakala istilah sainsnya pula Syzygium polyanthum.
Di Eropah dan kawasan negara Mediterranean, daun serai kayu ini lazimnya dikeringkan dan digunakan sebagai penambah perisa kepada masakan terutama dalam sos, sup, stew dan masakan berunsurkan makanan laut, sayur serta daging.
Tidak ketinggalan, dalam masakan Arab, India dan Pakistan. Antaranya, digunakan untuk menambah keenakan rasa dalam masakan nasi beriani dan bahan dalam garam masala (rempah ratus).
Di Kelantan dan Terengganu, daun serai kayu ini banyak digunakan dalam masakan seperti laksam dan dijadikan ulam untuk dimakan bercicahkan budu.
Rupa-rupanya, di sebalik keenakannya sebagai perisa tambahan kepada masakan, daun ini mempunyai seribu satu rahsia dari sudut kesihatan terutama dalam rawatan penyakit tekanan darah tinggi.
Rahsia keunikan dan kehebatan daun yang pokoknya mudah ditanam di kawasan tropika, berjaya dibongkar kumpulan penyelidik berkenaan yang diketuai Pensyarah Kanan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, universiti itu, Dr Wan Amir Nizam Wan Ahmad dalam penyelidikannya yang sudah masuk tahun keempat.
"Daun serai kayu atau salam sudah lama digunakan penduduk Kelantan yang menghidap darah tinggi untuk menurunkan tekanan darah mereka.
"Kami tertarik untuk mengkaji dengan lebih mendalam khasiat daun ini selepas melihat corak tekanan darah tinggi beberapa pesakit yang dirujuk di klinik kami semakin normal dan mereka hanya perlu mengambil ubat darah tinggi dengan kadar dos kecil.
"Selepas diselidik, rupa-rupanya mereka mengamalkan makan daun salam sebagai ulam harian mereka," katanya kepada BH, baru-baru ini.