8.1 LATAR BELAKANG MASYARAKAT ARAB SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
8.1 LATAR BELAKANG MASYARAKAT ARAB SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
Zaman sebelum kedatangan Islam menampakkan corak hidup yang dibentuk tanpa kepimpinan para nabi dan kitab suci sebagai petunjuk. Dari sudut politik, masyarakat Arab ketika itu mempunyai sistem pemerintahan berasaskan sistem kabilah, manakala dari sudut ekonomi, kegiatan utama mereka ialah pertanian dan perdagangan. Dari aspek sosial pula mereka mengamalkan kepelbagaiaan amalan dan adat yang diwarisi turun temurun oleh nenek moyang mereka. Zaman Jahiliah berakhir apabila tersebarnya agama Islam yang telah memberikan kesan bukan sahaja terhadap masyarakat setempat tetapi seluruh dunia.
PENGENALAN
Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam mempunyai petempatan dan cara hidup yang berbeza dari segi pemerintahan, ekonomi dan sosial. Mereka tinggal Di kawasan Semenanjung Tanah Arab yang dikelilingi padang pasiir Syam di sebelah utara. Namun begitu, selepas keruntuhan Empangan Maarib sekitar tahun 300 M berlaku kemerosotan ekonomi dalam masyarakat Arab. Kehidupan sosial yang lemah menyebabkan masyarakat ketika itu tidak mewarisi ilmu dari zaman sebelumnya. Pada masa itu, masyarakat Arab mengalami zaman kegelpan yang dikenali sebagai Zaman Jahiliah.
SISTEM MASYARAKAT JAHILIAH
(a) POLITIK
Terdapat 2 kaum utama yang tinggal dalam kelompok kabilah:
a) kaum Hadhari tinggal di kota dengan menjalankan perniagaan dan memiliki binatang ternakan.
b) Kaum Badwi ppula ialah hidup secara nomad dengan memelihara binatang ternakan.
(b) EKONOMI
1. Kegiatan ekonomi utama ialah bidang pertanian dan perdagangan.
2. Kegiatan pendudukan berdasarkan kawasan.
(c) SOSIAL
1. AGAMA DAN KEPERCAYAAN
- Wathani
- Majusi
-Yahudi
-Nasrani
-Animisme
-Hunafa'
2. ADAT DAN KEHIDUPAN SEHARIAN
-Menilik nasib untuk meramal masa depan mereka.
-Mempercayai ahli sihir dan kuasa azimat.
-Memandang renah kepada kaum wanita
-Hidup dalam kemaksiatan, seperti berjudi, berzina, meminum arak dan bersifat angkuh.