Dari segi bahasa: menahan atau menghentikan
Dari segi istilah: memutus atau menghentikan suara sejenak pada akhir suku kata untuk mengambil nafas, dengan niat mengulangi bacaan dan tidak ada niat untuk melakukan perkara lain. Waqaf bukan hanya sekadar berhenti tetapi ia juga untuk menjaga intonasi dan melibatkan pemahaman terhadap ayat dan makna ayat agar tidak menjadi kesalahan dalam mentafsir makna.
Dalil: هو تجويد الحروف ومعرفة الوقوف
“Mengelokkan sebutan setiap huruf dan mengetahui tempat waqaf.”
Harus waqaf pada akhir ayat iaitu pada huruf yang terakhir pada kalimah terakhir dalam ayat tersebut. Harus juga waqaf pada mana-mana kalimah di pertengahan ayat – selagi mana tiada perkara yang menegah untuk berhenti; tetapi tidak harus waqaf pada pertengahan kalimah.
Dalil: وَلَيْسَ فِي الْقُرْآنِ مِنْ وَقْفٍ يَجِبْ … وَلاَ حَرَامٌ غَيْرُ مَا لَهُ سَبَب
“Dan tiada di dalam al-Quran itu waqaf yang wajib, tiada juga yang haram kecuali jika ada sebab.” (Imam Al-Jazari)
Waqaf ini terjadi atas sebab darurat atau keadaan yang memaksa pembaca untuk berhenti di tempat yang tidak seharusnya. Contoh keadaan yang memaksa untuk berhenti ialah kehabisan nafas, batuk, gangguan persekitaran dan kesalahan bacaan.
Waqaf yang menguji atau mencuba. Ia juga merupakan sejenis waqaf yang dilakukan untuk menguji qari atau menjelaskan cara waqaf atau ibtida' yang benar. Waqaf ini hanya dibolehkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Waqaf untuk menunggu beberapa wajah bacaan Qiraat yang terdapat pada satu-satu ayat itu.
Waqaf kerana pembaca memilih untuk berhenti.
Semua sebab-sebab waqaf di atas adalah diharuskan. Sebaik-baiknya bacaan hendaklah dimulakan semula untuk memelihara makna dan maksud ayat.Pembaca perlu sekurang-kurangnya mengulangi satu atau dua kalimah sebelum kalimah yang dia telah berhenti padanya.
Waqaf Tam (berhenti sempurna)
Waqaf tam berlaku apabila pembaca berhenti pada kalimah yang telah sempurna maknanya, dan tidak ada kaitan dengan kalimah selepasnya dari sudut lafaz dan makna. Waqaf pada kalimah sebegini juga dianggap berhenti yang sempurna dan jika memulakan bacaan dari kalimah berikutnya juga dianggap sempurna.
Waqaf tam boleh ditemui:
Di akhir ayat yang mempunyai nombor di hujung ayat.
Contoh: الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2)
Pada waqaf lazim yang bertanda mim kecil ( م ) – juga dipanggil waqaf bayan kerana maksud ayat akan lebih terserlah jika berhenti padanya.
Contoh:
إِنَّمَا يَسْتَجِيبُ الَّذِينَ يَسْمَعُونَ ۘ وَالْمَوْتَىٰ يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ ثُمَّ إِلَيْهِ يُرْجَعُونَ
# waqaf pada lafaz يَسْمَعُونَ
Waqaf Kafi (berhenti memadai) – وقف كافي
Berhenti pada kalimah yang telah sempurna maknanya tetapi masih ada kaitan dengan kalimah selepasnya dari sudut makna; bukan dari sudut lafaz.
Waqaf pada kalimah sebegini diharuskan dan memulakan bacaan dari perkataan berikutnya juga diharuskan.
Waqaf Kafi boleh ditemui di akhir atau pertengahan ayat.
Contoh:
الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ ۖ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَّهُمْ
waqaf pada lafaz الطَّيِّبَاتُ
Waqaf Hasan (berhenti baik) – وقف حسن
Berhenti pada kalimah yang telah sempurna makna pada dirinya tetapi makna dan lafaznya masih terikat dengan kalimah selepasnya.
Waqaf pada kalimah sebegini diharuskan dan diharuskan memulakan bacaaan dari kalimah berikutnya sekiranya waqaf Hasan itu di akhir ayat kerana mengikut sunnah Nabi s.a.w.
Sekiranya waqaf Hasan itu di pertengahan ayat, hendaklah dimulakan bacaan dari beberapa kalimah sebelumnya untuk melengkapkan susunan ayat.
Begitu juga tidak harus untuk memutuskan bacaan pada waqaf Hasan ini sekiranya menyebabkan maksud sebenar ayat tidak terserlah.
Contoh:
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
berhenti pada lafaz الْحَمْدُ لِلَّهِ
Waqaf Qabih (berhenti buruk) – وقف قبيح
Berhenti pada kalimah yang masih tidak sempurna maknanya dan ada kaitan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna.
Tidak harus berhenti pada kalimah-kalimah seperti ini melainkan terdesak dan hendaklah dimulakan bacaan dari satu atau dua kalimah sebelumnya.
Waqaf Qabih berlaku sekiranya:
a. Berhenti pada kalimah yang belum lengkap dari segi tatabahasa Arab.
b. Berhenti pada kalimah yang merosakkan maksud ayat.
c. Berhenti pada kalimah yang membawa makna yang biadap terhadap Allah.
Bahasa: memutuskan
Istilah: memutuskan bacaan untuk tujuan berhenti kerana sesuatu yang tiada kaitan dengan bacaan, seperti menyelesaikan bacaan bagi waktu tersebut.
Sebaik-baiknya hendaklah memutuskan bacaan pada waqaf tam atau waqaf kafi kerana meraikan sempurnanya lafaz dan makna bacaan alQuran.
PERBEZAAN ANTARA WAQAF DAN QAT'U
Waqaf berhenti kerana mengambil nafas baru manakala Qat'u ialah berhenti kerana selesai membaca. Oleh itu pembaca al-Quran dituntut untuk membaca Isti’azah jika hendak memulakan semula bacaan.
Ibtida’ bermaksud memulakan bacaan, samaada memulakan semula bacaan setelah Qat’u (lama habis membaca) atau memulakan bacaan setelah Waqaf. (berhenti mengambil nafas).
Jika memulakan setelah Qat’u maka dituntut supaya membaca Ista’azah. Tetapi jika memulakan setelah Waqaf, tidak perlu Isti’azah. Maka jelas di sini Ibtida’ ialah suatu yang berlaku kerana pilihan sendiri, bukan kerana terpaksa