PENGENALAN
PENGENALAN
-SET INDUKSI-
PERHATIAN AGENT MUDA!
Misi penting menanti anda semua. Klik sekarang dan selesaikan semua cabaran yang diberikan. Hanya mereka yang bijak dan pantas sahaja mampu sampai ke penghujung sekaligus mampu membantu mangsa dalam kesusahan!
GANJARAN BUAT ANDA !
NAK TAHU APA YANG BAKAL KITA PELAJARI?
Syabas! Anda sudah pun sampai ke penghujung tugasan. Cuba klik ganjaran dan gores gambar tersebut.
Adakah anda sudah bersedia untuk menjadi 'Jutawan Bijak' dalam tajuk WANG? Mari kita teroka rahsia mengurus duit dalam bab seterusnya!
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat:
Menyelesaikan ayat matematik yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi bagi nilai wang dengan tepat dalam lingkungan nilai yang diberikan.
Mengaplikasikan operasi bergabung yang melibatkan nilai wang secara sistematik bagi menentukan jumlah atau baki wang yang betul dalam pelbagai situasi matematik.
Menerangkan konsep simpanan dan pelaburan serta mengenal pasti kepentingan pengurusan kewangan yang bijak dalam kehidupan harian.
Menjelaskan perbezaan antara pembelian secara tunai dan kredit serta memahami konsep asas kredit dan hutang dalam pengurusan kewangan.
Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan nilai wang melalui situasi kehidupan sebenar dengan menggunakan strategi penyelesaian masalah yang sesuai.