GAPD1032
Tenaga merujuk kepada keupayaan untuk melakukan kerja atau menghasilkan perubahan. Dalam kehidupan seharian, tenaga diperlukan oleh makhluk hidup atau benda bukan hidup untuk menjalankan semua aktiviti. Sebagai contoh, manusia memerlukan tenaga untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian manakala mesin dan peralatan elektrik memerlukan tenaga untuk beroperasi.
SUMBER TENAGA
Dalam tajuk ini, tenaga merujuk kepada sumber tenaga yang membekalkan keupayaan untuk memenuhi keperluan manusia seperti memasak, menghidupkan lampu, menggerakkan kenderaan, dan mengoperasikan mesin. Sumber Tenaga terdiri daripada sumber tenaga boleh diperbaharui dan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui.