RUJUKAN
Surat Pekeliling Pentadbiran Bil 3/67: Peratoran Pentadbiran Untok Perjawatan Kaki-tangan
Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan pada 20 Mei 1982: Pindaan Kepada Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/1967.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007: Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma.
TUGAS UTAMA (UMUM)
sama seperti Guru Penolong Kanan Pentadbiran (HR02)
TUGAS UTAMA (KHUSUS)
adalah seperti berikut:
(A) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Membantu menyedia dan melaksanakan perancangan strategik sekolah dan pengurusan takwim sekolah.
Membantu merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Guru Sesi Petang.
Membantu mengurus, menyelaraskan kutipan serta menganalisis data/maklumat dan perangkaan.
Membantu merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan belanjawan.
Membantu, merancang dan melaksanakan program lawatan dan perhubungan dengan pihak luar.
Membantu PGB dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah sesi petang.
Membantu merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran untuk guru dan murid sesi petang.
Membantu mengurus dan mengawal selia penyelenggaraan fizikal dan pengoperasian bilik-bilik khas.
Membantu GPK yang lain mengawal selia pengoperasian bidang pengurusan tugas khusus masing-masing berkaitan guru dan murid sesi petang.
Membantu merancang dan menyelia program-program pengurusan kurikulum, HEM dan kokurikulum.
Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB dan GPK yang lain.
(B) PENGURUSAN KURIKULUM
Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan PdP sesi petang.
Membantu merancang dan melaksanakan program panitia bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru dan pencapaian murid sesi petang.
Membantu merancang dan menyelaraskan jadual waktu PdP bagi kelas dan guru sesi petang supaya PdP dilaksanakan dengan terancangnya dan berkesannya.
Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan pencerapan dan tindakan susulan bagi peningkatan kualiti guru sesi petang.
Membantu merancang dan mengesahkan semakan hasil kerja murid sesi petang.
Membantu merancang dan mengelola pengurusan pusat sumber sekolah.
Melaksanakan PdP mengikut pekeliling berkuatkuasa.
(C) PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program disiplin murid sesi petang.
Membantu merancang dan memantau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling murid sesi petang.
Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program kesihatan, kebajikan dan keceriaan sekolah.
Membantu merancang dan menyelaraskan pengurusan buku teks.
Membantu mengawal dan menyelaraskan perkhidmatan keselamatan dan kebersihan bangunan dan kawasan pada sesi petang.
Membantu mengawal dan memantau pengurusan kantin dan kedai buku pada sesi petang.
(D) PENGURUSAN KOKURIKULUM
Membantu merancang dan mengesahkan pengurusan unit beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan bagi murid sesi petang.
Membantu merancang dan mengesahkan pengurusan penyertaan murid sesi petang dalam aktiviti luar.
Membantu pemantauan pelaksanaan aktiviti kokurikulum sesi petang.