SUMUR merupakan aktiviti tahunan yang merangkumi empat teras utama iaitu Berbudi Bahasa, Jati Diri, Penampilan Diri dan Cara Hidup Beragama dan perlu dilaksanakan dan dinilai secara serentak.
SUMUR ialah satu program bagi memberi pengetahuan dan membina kesedaran di samping untuk menilai amalan murid secara berterusan terhadap peningkatan akhlak (kelakuan (etika dan tingkahlaku) serta sahsiah (murid melalui empat teras utama dalam pelaksanaan SUMUR iaitu Berbudi Bahasa, Jati Diri, Penampilan Diri dan Cara Hidup Beragama.
Menilai tahap peningkatan akhlak, kelakuan dan sahsiah murid.
Mengenalpasti kecenderungan murid terhadap amalan bagi peningkatan akhlak, kelakuan dan sahsiah.
Melahirkan murid:
Memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi.
Memupuk perasaan cintaan ilmu untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
menerapkan nilai jati diri dan berusaha meningkatkan daya kepimpinan.
Mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
Memupuk amalan baik dan nilai-nilai murni di kalangan murid, seperti saling membantu, saling menghormati, berbudi bahasa dan lain-lain.
Memberi peluang kepada murid untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri.
Memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya berakhlak mulia untuk kejayaan hidup.
Memberi galakan kepada murid untuk berusaha mengamalkan amalan baik dan nilai-nilai murni di peringkat sekolah.
Meningkatkan kesedaran dan kefahaman murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Menyatupadukan pemikiran dan kefahaman tentang alam sekitar melalui seni lukis.
Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta menghormati hak diri orang lain.
Meningkatkan sahsiah dan disiplin murid di sekolah.
Memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya berakhlak mulia untuk kejayaan hidup.
Memotivasikan diri para murid supaya belajar dengan lebih teratur dan menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan.
Untuk melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid.
Sentiasa cintakan ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sentiasa bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu pengetahuan Pendidikan Islam.
Menghargai nilai-nilai budaya dan kesenian Islam melalui seni tulisan Khat.