Selamat Datang ke Laman Kandungan STEM Institut Pendidikan Guru Malaysia
Pendidikan STEM yang sebenar harus meningkatkan pemahaman murid tentang bagaimana sesuatu berfungsi dan meningkatkan penggunaan teknologi dan kejuruteraan. Kejuruteraan terlibat secara langsung dalam penyelesaian masalah dan inovasi, dua elemen dengan keutamaan tinggi dalam agenda setiap negara. Memandangkan kepentingan ekonominya kepada masyarakat, murid harus belajar mengenai kejuruteraan dan mengembangkan beberapa kemahiran dan kebolehan yang berkaitan dengan proses reka bentuk. Pendidikan STEM perlu dimulakan di sekolah rendah dan harus bertujuan untuk mempersiapkan anak muda untuk penyertaan aktif di masa depan mereka. Bagi melahirkan generasi yang berminat dan berkemahiran dalam STEM, fokus utama di sekolah mungkin berlaku melalui pasukan guru yang bekerjasama dalam pendekatan bersepadu, berdasarkan pengajaran dan pembelajaran silang kurikulum. Guru memainkan peranan penting dalam pendidikan STEM, dan penting untuk meningkatkan pencapaian kemahiran yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran (Kurup, et. al, 2019).
Melaksanakan Pendidikan STEM dalam bilik darjah bertujuan untuk
Memperkenalkan pendekatan STEM menerusi aktiviti 'pembelajaran berasaskan projek', ‘inkuiri penemuan’ dan ‘pembelajaran berasaskan masalah’
Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran serta nilai dan etika STEM dalam kehidupan sebenar
Memberikan pendedahan teknologi dalam STEM kepada murid-murid sekolah rendah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan objektif pendidikan STEM peringkat sekolah rendah iaitu bertujuan menyediakan murid untuk berkebolehan membuat hubungan atau membina asas pengetahuan dengan situasi dalam kehidupan harian melalui aktiviti penyiasatan dan penerokaan. Manakala di peringkat pendidikan awal adalah untuk memupuk atau mengaspirasikan minat melalui aktiviti yang boleh merangsang sifat ingin tahu.
Berikut bahan-bahan STEM yang dihasilkan oleh IPG Kampus untuk dimanfaatkan oleh semua guru.