LENCANA
Sekolah Sukan Negeri, SMK Za'ba Kuala Pilah
Sekolah Sukan Negeri, SMK Za'ba Kuala Pilah
PENGENALAN
Lencana Sekolah Sukan Negeri SMK Za’ba yang asal telah dicipta oleh Encik Yaakup bin Hj Ujang, Pengetua ke-2 sekolah ini. Warna asal ciptaan beliau ialah putih dan biru tua. Sewaktu En. Abdul Malik bin Mohd Yatim menjawat jawatan Pengetua, warna kuning dan biru telah ditambah. Pengubahsuaian terhadap lencana sekolah dibuat sekali lagi oleh Pn. Siti Aloyah binti Alias pada tahun 2008 setelah SMK Za’ba ditukar secara rasminya menjadi Sekolah Sukan Negeri.
TAFSIRAN
Tujuh tangkai padi yang diikat pada bahagian kiri melambangkan tujuh buah daerah yang terdapat di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau, Seremban dan Tampin. Ikatan padi pula menggambarkan sikap murid-murid yang mewakili daerah masing-masing yang sentiasa berganding bahu dalam semua bidang. Obor menyala dan sebuah buku terbuka di tengah-tengah lambang melambangkan semangat atlet Sekolah Sukan Negeri Sembilan SMK Za’ba yang sentiasa membara untuk menjulang piala kejohanan dalam setiap perlawanan. Buku yang terbuka menunjukkan anak-anak didik Za’ba yang tidak pernah mengabaikan pelajaran walaupun sibuk di padang. Di bahagian kanan, pelajar sedang melempar cakera mewakili jenis-jenis sukan yang ditawarkan di Sekolah Sukan Negeri Sembilan SMK Za’ba iaitu bola jaring, bola sepak, hoki, olahraga, sepaktakraw, memanah dan ragbi Bentuk ‘V’ di bawah perkataan SSN SMK Za’ba bermaksud ‘Victory’ yang melambangkan keazaman para atlet yang padu untuk memburu kecemerlangan berganda dalam bidang sukan dan akademik. Piala dijulang ijazah digenggam. Warna Kuning melambangkan warga SSN SMK Za’ba yang sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan berdaulat dan beradat. Warna Biru menunjukkan keserasian antara warga pendidik SSN SMK Za’ba yang bersama-sama mempunyai matlamat utama untuk menghasilkan atlet terbilang yang berdisiplin, berakhlak dan cemerlang akademik.