Info Sekolah
Terletak di Jalan Persiaran Sinaran Ilmu, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor. Sekolah ini adalah sebahagian daripada rangkaian Sekolah Seni Malaysia (SSeM) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membangunkan potensi murid dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ) menyediakan pendidikan dalam empat bidang seni di peringkat menengah rendah (Muzik, Seni Visual, Tari, dan Teater) dan enam bidang seni di peringkat menengah atas iaitu Seni Muzik, Seni Tari, Seni Visual, Seni Halus, Reka Bentuk, dan Komunikasi Visual.
Pelajar di SSeMJ juga diberi peluang untuk mengasah bakat mereka melalui pengajaran yang bersepadu antara teori dan praktikal, serta mengembangkan kreativiti mereka dalam pelbagai medium seni. Sekolah ini juga menyediakan persekitaran yang kondusif dengan fasiliti yang lengkap, termasuk ruang seni, studio muzik, serta pentas persembahan untuk pelbagai aktiviti seni.
Di samping itu, SSeMJ turut menggalakkan pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti luar bilik darjah seperti persembahan, pameran, bengkel, dan kolaborasi dengan profesional seni bagi memperluas horizon seni mereka. Ini membolehkan pelajar bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga bersedia untuk mengejar kerjaya dalam industri seni dan budaya.
Gred Purata Sekolah Terbaik Sekolah Seni Malaysia Tahun 2023
Peningkatan Gred Purata Sekolah Tahun 2023
Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang Tahun 2023
GPS Terbaik Sekolah Harian (Kurang 100 Orang) Tahun 2023
Anugerah Emas (Bidang Kokurikulum) Tahun 2024
Anugerah Platinum (Bidang Kesenian) Tahun 2024
Sekolah Mentor TS25, Program Transformasi Sekolah (TS25) Tahun 2023-2025
Sijil Penghargaan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024
Visi dan Misi Sekolah
Penjana Pewaris Budaya Bangsa
Membangun dan mengilap potensi dan bakat murid dalam bidang kesenian ke tahap optimum melalui pendidikan berkualiti
Falsafah dan Matlamat Sekolah
Sebuah institusi yang memberi peluang pendidikan untuk memperkembang potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui penggiatan secara jelas aspek peradaban sosial dan kemantapan akhlak melalui program pendidikan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, emosi, jasmani, dan rohani. Pembangunan seimbang individu berasaskan kesepaduan tersebut dihasratkan dapat mewujudkan warga Malaysia yang lebih bertanggungjawab dan berkeperibadian kental dengan ketahanan nasional yang mantap.
Memberi peluang kepada murid berkongsi khazanah seni global melalui sistem pendidikan berasaskan ICT.
Membina generasi pelapis penggiat seni masa kini.
Merealisasikan seni sebagai satu profesion.
Memberi peluang pendidikan kepada individu murid yang kecenderungannya adalah lebih kepada aspek seni.
Membuka peluang pendidikan pilihan kepada individu murid yang kecenderungannya dan minatnya juga mencakupi aspek eksenian selain bidang akademik biasa.
Memangkin perkembangan kesenian dalam tamadun bangsa.
Memperluas dimensi penerokaan ilmu dalam bidang kesenian khususnya budaya dan sastera.
Mengangkat martabat seni budaya dan sastera dan memupuk serta membina seni, budaya, dan sastera kebangsaan.
Mengekalkan warisan seni budaya tanah air agar dapat dimapankan untuk generasi yang akan datang.
Penubuhan Sekolah Seni Johor Bahru telah diputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2004, yang berlangsung di Hotel KLIA Sepang dari 30 Oktober hingga 1 November 2004. Y.B Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran ketika itu, mengumumkan pembukaan dua buah Sekolah Seni di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, masing-masing di Negeri Sarawak dan Johor. Sekolah Seni Johor Bahru mula beroperasi pada tahun 2007 di premis sementara di SMK Mohd Khalid, Johor Bahru, di bawah pentadbiran pengetua SMK Mohd Khalid.
Menjelang tahun 2008, Sekolah Seni Johor Bahru telah beroperasi dengan pentadbiran sendiri, namun masih menumpang bangunan SMK Mohd Khalid. Sekolah ini ditadbir oleh pengetua pertama, Tuan Haji Ishak bin Mahbob, yang memegang jawatan tersebut sehingga pertengahan tahun 2008 sebelum digantikan oleh pengetua seterusnya, Cik Hajah Rohana binti Ismail dan seterusnya pengetua semasa iaitu Encik Tee Tiam Chai, yang dilantik pada 1 September 2021. Pada 27 Disember 2013, pihak BKK menyerahkan semula blok bangunan yang digunakan kepada SMK Mohd Khalid kerana warga Sekolah Seni Johor Bahru akan berpindah ke kampus baru di Bandar Seri Alam, Masai, Pasir Gudang.
Penyerahan rasmi tapak Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru telah dilaksanakan pada 31 Disember 2013 oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohamad. Kemudian, pada 25 Ogos 2016, Y.B Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia, merasmikan Sekolah Seni Malaysia Johor secara rasmi di lokasi baharunya. Sekolah ini kini beroperasi di tapak tetapnya, memenuhi visi sebagai pusat pendidikan seni yang bertaraf kebangsaan.
Tajuk: Di Persada Sekolah Seni Malaysia Johor
Lagu oleh Ahmad Nazri bin Nordin
Lirik oleh Zain bin Ahmad
Media Sosial Sekolah
Prasarana dan Galeri Sekolah