Botol air minuman (tidak mudah pecah)
Gelas sendiri (tidak mudah pecah)
Sejadah sendiri (solat Zohor)
Telekung solat (murid perempuan sahaja)
Pelitup muka tambahan (sekiranya kotor atau terputus tali)
Tidak perlu.
Pastikan label/ tulis nama murid atau 'initial' pada setiap barang peribadi murid terutamanya barang yang hampir sama dengan murid lain seperti:
Kasut
Kopiah
Botol minuman
Set alat tulis
Buku (teks, aktiviti, tulis)
Stoking
Pesan dan biasakan anak- anak untuk belajar kenal barang peribadi, ingat tempat letak, susun dan simpan dengan baik.
Insya Allah, bila murid pandai jaga barang sendiri, nanti tak akan ada isu hilang atau tertukar.
Maklumkan terus kepada guru kelas; nama, tempoh dan sebab tidak dapat hadir (cuti sakit/kuarantin atau lain- lain yang berkaitan)
Selain makluman melalui mesej, ibu bapa perlu sediakan surat sebab tidak hadir dan hantar kepada guru kelas setelah murid kembali ke sekolah.
Makan pagi = RM 2
Makan tengah hari = RM 4
Murid perlu bayar terus kepada pekerja kantin sebagaimana pembelian makanan di sekolah harian biasa.
Bayaran untuk makanan adalah secara HARIAN.
Jika ada pihak ibu bapa ada masalah kewangan dan ingin membuat bayaran secara mingguan atau bulanan, boleh berhubung secara langsung dengan pengusaha kantin sekolah. Rujuk guru kelas masing- masing.
Pihak sekolah tidak menetapkan bayaran secara bulanan kerana timbul isu murid tidak hadir tetapi yuran makan tetap dikira dan bayaran yuran makan secara bulanan juga akan menyukarkan pihak pengusaha kantin untuk mendapat duit pusingan modal untuk membeli barang basah secara harian.
Murid dapat belajar berdikari, dan membina keyakinan diri semasa membeli sesuatu untuk diri sendiri.
Murid dapat belajar dan aplikasi secara langsung ilmu matematik dan pembelian menggunakan duit.
Murid tidak perlu bayar makanan jika tidak dapat hadir ke sekolah.
Murid boleh pilih untuk membeli atau membawa bekal sendiri dari rumah.
Pengusaha kantin juga boleh buat pusingan modal harian untuk membeli barang masakan hari seterusnya.
Ya, murid boleh pilih untuk tidak membeli dan boleh bawa bekal sendiri.
Tidak digalakkan membawa bekal untuk tengah hari terutama makanan yang dibeli di luar kerana bimbang makanan tersebut akan basi sebelum sampai masa makan tengah hari.
*Segala yang berkaitan bekal makanan yang dibawa dari rumah adalah dibawah tanggungjawab ibu bapa.